WeAcademia

Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.7 - Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Endokrin Manusia

Diabetes Melitus

  • Pesakit tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan; aras glukosa dalam darah menjadi tinggi.
  • Simptom: Kerap buang air kencing, sentiasa berasa haus, rasa kebas pada tapak kaki, penglihatan kabur, letih dan luka lambat sembuh.
  • Rembesan insulin berlebihan menyebabkan hipoglisemia, iaitu paras glukosa darah yang sangat rendah.
  • Simptom hipoglisemia: Letih, sukar tidur pada waktu malam, pemikiran bercelaru, perasaan takut, ketidakstabilan emosi, mudah pengsan dan sakit kepala.

Diabetes Insipidus

  • Lobus posterior kelenjar pituitari gagal merembeskan hormon antidiuresis (ADH).
  • Pesakit menyingkirkan air kencing yang banyak dan sentiasa berasa haus.
  • Kehilangan air yang banyak melalui air kencing menyebabkan penyahhidratan jika pengambilan air tidak mencukupi.

Hipotiroidisme

  • Orang dewasa mengalami hipotiroidisme jika rembesan tiroksina tidak mencukupi.
  • Simptom: Kadar denyutan jantung yang perlahan, amat sensitif terhadap kesejukan, letih dan berat badan yang mudah meningkat.

Hipertiroidisme

  • Berlaku jika rembesan tiroksina terlalu banyak.
  • Simptom: Perpeluhan secara berlebihan, tidak tahan panas, kerap buang air besar, takut, kadar denyutan jantung cepat dan mudah kehilangan berat badan.
  • Kelenjar tiroid mungkin membesar dua atau tiga kali ganda daripada saiz asal.

Kegergasian

  • Rembesan hormon pertumbuhan (GH) berlebihan semasa kanak-kanak menyebabkan pemanjangan tulang yang abnormal dan ketinggian melampau.

Kekerdilan

  • Kekurangan rembesan hormon pertumbuhan (GH) semasa tempoh pembesaran melambatkan pertumbuhan tulang.
  • Organ gagal berkembang dan nisbah bahagian badan kekal seperti kanak-kanak.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!