WeAcademia

Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.4 - Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal

Perbandingan

  • Persamaan: Kedua-duanya melibatkan rangsangan, impuls, neuron dan organ efektor.
  • Tindakan terkawal: Disedari dan dilakukan mengikut kehendak sendiri; melibatkan sistem saraf soma; dikawal oleh korteks serebrum; melibatkan otot rangka.
  • Tindakan luar kawal: Berlaku secara automatik tanpa disedari; melibatkan sistem saraf autonomi; dikawal oleh medula oblongata dan hipotalamus; melibatkan otot licin dan kelenjar.

Tindakan Terkawal yang Melibatkan Otot Rangka

  • Contoh: Berjalan, bercakap dan memberus gigi.
  • Laluan: rangsangan → reseptor → neuron deria → serebrum → neuron motor → otot rangka → gerak balas.
  • Serebrum mentafsir impuls saraf dan menentukan arahan yang dihantar kepada efektor.

Arka Refleks Tiga Neuron

  • Tindakan refleks ialah gerak balas pantas terhadap rangsangan tanpa dikawal oleh otak.
  • Arka refleks ialah laluan saraf yang terlibat dalam tindakan refleks.
  • Contoh: Mengalihkan jari selepas tercucuk pin tajam.
  1. Reseptor deria mengesan rangsangan dan mencetuskan impuls saraf.
  2. Neuron deria menghantar impuls ke saraf tunjang melalui akar dorsal.
  3. Dalam saraf tunjang, neuron deria memindahkan impuls merentasi sinaps kepada neuron geganti.
  4. Neuron geganti memindahkan impuls merentasi sinaps kepada neuron motor.
  5. Neuron motor membawa impuls melalui akar ventral ke efektor; otot menggerakkan jari dengan cepat.

Kepentingan Tindakan Refleks

  • Menghasilkan gerak balas spontan tanpa menunggu arahan daripada otak.
  • Mengelakkan masa tambahan yang diperlukan oleh otak untuk menganalisis maklumat daripada menyebabkan kecederaan serius.
  • Membolehkan otak menumpukan perhatian kepada pemikiran aras tinggi.

Arka Refleks Dua Neuron

  • Contoh: Refleks sentakan lutut atau refleks patela; hanya melibatkan neuron deria dan neuron motor.
  1. Ketukan pada tendon di bawah tempurung lutut meregangkan otot kuadriseps dan merangsang reseptor regangan.
  2. Neuron deria menghantar impuls secara terus kepada neuron motor dalam saraf tunjang.
  3. Neuron motor menghantar impuls kepada otot kuadriseps.
  4. Otot kuadriseps mengecut lalu menyebabkan kaki tersentak ke hadapan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!