Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
12.5 - Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Saraf Manusia
Penyakit Sistem Saraf
Sklerosis Berganda
- Penyakit progresif akibat ketidaknormalan sistem keimunan yang menyerang salut mielin dalam otak dan saraf tunjang.
- Salut mielin yang rosak menghalang penghantaran impuls dari dan ke otak.
Penyakit Alzheimer
- Menyebabkan kehilangan keupayaan untuk menaakul dan menjaga diri sendiri.
- Pesakit menjadi bercelaru, mudah lupa dan hilang arah walaupun berada di tempat yang lazim.
- Kemerosotan otak yang berterusan menyebabkan kehilangan kebolehan untuk membaca, menulis, makan, berjalan dan bertutur.
Penyakit Parkinson
- Penyusutan sistem saraf menyebabkan anggota badan, rahang, kaki dan muka terketar-ketar.
- Pesakit sukar mengekalkan postur dan keseimbangan badan.
Lou Gehrig / Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)
- Disebabkan oleh kemerosotan dan kematian neuron motor yang mengawal pergerakan otot seperti mengunyah, berjalan dan bertutur.
Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Penyakit otak yang menyebabkan seseorang menjadi hiperaktif, tidak boleh memberikan tumpuan dan mudah menjadi bosan.
Autisme
- Penyakit yang berkaitan dengan perkembangan saraf dalam otak.
- Menyebabkan masalah berkomunikasi dan berinteraksi.
Lumpuh Otak (Cerebral Palsy)
- Berlaku akibat kerosakan otak sebelum atau selepas bayi dilahirkan; juga mungkin berlaku pada kanak-kanak berumur tiga hingga lima tahun.
- Menyebabkan kegagalan otot dan keupayaan motor pergerakan berfungsi dengan sempurna.
Epilepsi
- Aktiviti abnormal pada bahagian tertentu otak menyebabkan sel saraf menghasilkan isyarat luar biasa.
- Pesakit mungkin tidak sedarkan diri dan mengalami kekejangan otot.
Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol
- Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan ketagihan dan gejala sarak seperti menggeletar, berpeluh dan muntah jika dadah tidak diambil.
- Dadah perangsang (stimulan): Meningkatkan aktiviti sistem saraf pusat; penggunaan berlebihan menyebabkan keadaan seronok yang bersifat sementara, diikuti kemurungan.
- Dadah penenang (depresen): Melambatkan penghantaran impuls saraf dan menenangkan fikiran.
- Dadah khayal: Menyebabkan halusinasi.
- Dadah narkotik: Melegakan kesakitan dan keresahan serta melambatkan fungsi normal otak.
- Alkohol: Mengganggu koordinasi dan pemikiran serta melambatkan penghantaran impuls saraf.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice