Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
12.2 - Sistem Saraf
Organisasi Sistem Saraf Manusia
- Sistem saraf pusat: Otak dan saraf tunjang.
- Sistem saraf periferi: Reseptor deria, 12 pasang saraf kranium dan 31 pasang saraf spina.
- Saraf kranium menghantar impuls dari dan ke otak.
- Saraf spina menghantar impuls dari dan ke saraf tunjang.
Otak
Serebrum
- Struktur paling besar dan kompleks di bahagian hadapan otak.
- Mengawal emosi, pendengaran, penglihatan, personaliti dan tindakan terkawal.
- Menerima, menganalisis, mengintegrasi dan menghubung kait maklumat daripada reseptor untuk menghasilkan persepsi deria.
- Menentukan gerak balas dan memberikan arahan kepada efektor.
- Bertanggungjawab terhadap keupayaan mental tinggi, termasuk pembelajaran, ingatan, kemahiran bahasa dan kemahiran matematik.
Serebelum
- Mengkoordinasi keseimbangan badan dan pengecutan otot untuk pergerakan badan.
Hipotalamus
- Mengekalkan homeostasis.
- Mengawal atur suhu badan, keseimbangan air dan tekanan darah; mengesan rasa lapar, dahaga dan letih.
- Menghubungkan sistem saraf dengan sistem endokrin melalui kelenjar pituitari.
- Mengawal rembesan beberapa jenis hormon kelenjar pituitari.
Kelenjar Pituitari
- Terletak di dasar hipotalamus.
- Kelenjar utama dalam sistem endokrin; merembeskan hormon yang mengawal rembesan hormon oleh kelenjar endokrin lain.
Medula Oblongata
- Terletak di hadapan serebelum.
- Mengawal tindakan luar kawal: denyutan jantung, pernafasan, pencernaan makanan, pemvasocerutan, tekanan darah, peristalsis, muntah, batuk, bersin dan menelan.
Saraf Tunjang
- Terkandung dalam turus vertebra dan dikelilingi bendalir serebrospina yang melindungi serta membekalkan nutrien.
- Jirim kelabu: Kawasan tengah berbentuk rama-rama atau huruf H yang terdiri terutamanya daripada badan sel.
- Jirim putih: Mengelilingi jirim kelabu; mengandungi akson bersalut mielin yang memanjang ke atas dan ke bawah saraf tunjang.
- Memproses beberapa jenis maklumat deria dan menghantar gerak balas melalui neuron motor.
- Mengawal tindakan refleks dan menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi.
Keratan Rentas Saraf Tunjang
- Akar dorsal: Mengandungi akson neuron deria yang menghantar impuls dari reseptor deria ke saraf tunjang.
- Ganglion akar dorsal: Mengandungi kelompok badan sel neuron deria.
- Akar ventral: Mengandungi neuron motor yang menghantar impuls dari saraf tunjang ke efektor.
- Saraf spina: Mengandungi neuron deria dan neuron motor.
Sistem Saraf Periferi
- Menghubungkan reseptor deria dan efektor kepada sistem saraf pusat.
- Sistem saraf soma: Mengawal atur tindakan terkawal.
- Sistem saraf autonomi: Mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung dan pengecutan salur darah.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice