WeAcademia

Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.6 - Sistem Endokrin

Sistem Endokrin Manusia

  • Kelenjar endokrin ialah kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.
  • Hormon ialah bahan kimia organik yang diangkut ke seluruh badan tetapi hanya mempengaruhi sel sasaran tertentu.
  • Hormon bergabung dengan reseptor khusus pada membran sel sasaran dan menghasilkan gerak balas khusus.
  • Tiga fungsi utama hormon ialah pembiakan, pertumbuhan dan homeostasis.
  • Kelenjar endokrin: hipotalamus, pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan testis.

Kelenjar Endokrin dan Hormon

Hipotalamus

  • Hormon perembes gonadotrofin (GnRH): Merangsang kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH ke dalam darah.

Kelenjar Pituitari

  • Kelenjar utama sistem endokrin; terletak di dasar hipotalamus.
  • Hormon antidiuresis (ADH) — tubul ginjal: Merangsang penyerapan semula air.
  • Oksitosin — otot uterus dan kelenjar mamari: Merangsang pengecutan otot uterus semasa kelahiran dan penghasilan susu oleh kelenjar mamari.
  • Hormon peluteinan (LH) — ovari dan testis: Merangsang pengovulan, perkembangan korpus luteum, rembesan estrogen dan progesteron, serta rembesan testosteron.
  • Hormon pertumbuhan (GH) — tisu lembut dan tulang: Merangsang pertumbuhan, sintesis protein dan metabolisme lemak.
  • Hormon adrenokortikotrof (ACTH) — korteks adrenal: Merangsang korteks adrenal merembeskan hormon.
  • Hormon perangsang tiroid (TSH) — kelenjar tiroid: Merangsang rembesan tiroksina.
  • Hormon perangsang folikel (FSH) — ovari dan testis: Merangsang perkembangan folikel dalam ovari dan spermatogenesis.

Kelenjar Tiroid

  • Tiroksina — semua tisu: Meningkatkan kadar metabolisme dan suhu badan; mengawal atur pertumbuhan dan perkembangan.

Kelenjar Adrenal

  • Aldosteron — ginjal: Meningkatkan penyerapan semula garam di ginjal.
  • Adrenalina — otot, hati dan jantung: Meningkatkan aras glukosa dan asid lemak dalam darah, kadar pernafasan, denyutan jantung dan kadar metabolisme; mengecutkan salur darah.

Pankreas

  • Insulin — hati, otot dan tisu adipos: Mengurangkan aras glukosa darah dan menggalakkan penukaran glukosa berlebihan kepada glikogen.
  • Glukagon — hati, otot dan tisu adipos: Meningkatkan aras glukosa darah dan menggalakkan penukaran glikogen kepada glukosa.

Ovari

  • Estrogen — gonad, kulit, otot dan tulang: Merangsang ciri seks sekunder perempuan dan kematangan folikel; membaiki dan merangsang penebalan dinding uterus.
  • Progesteron — gonad: Merangsang perkembangan dinding uterus dan pembentukan plasenta.

Testis

  • Testosteron — gonad, kulit, otot dan tulang: Merangsang ciri seks sekunder lelaki dan spermatogenesis.

Sistem Saraf dan Sistem Endokrin dalam Situasi “Lawan atau Lari”

  1. Hipotalamus menghantar impuls saraf terus ke medula adrenal.
  2. Sel medula adrenal merembeskan adrenalina dan noradrenalina.
  3. Kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah, aras glukosa darah dan aktiviti metabolisme meningkat.
  4. Jantung menghantar lebih banyak oksigen dan glukosa ke otak dan otot rangka untuk tenaga tambahan yang diperlukan bagi melawan atau melarikan diri.
  5. Apabila situasi cemas dikawal, perubahan badan kembali ke julat normal.

Perbandingan Sistem Saraf dengan Sistem Endokrin

  • Persamaan: Bergerak balas terhadap rangsangan, mengawal atur aktiviti badan dan melibatkan tisu atau organ sasaran.
  • Sistem saraf: Rangkaian berjuta-juta neuron; impuls elektrik bergerak melalui neuron; gerak balas cepat dan serta-merta; kesan singkat dan biasanya melibatkan satu organ.
  • Sistem endokrin: Kelenjar endokrin tanpa duktus; isyarat bahan kimia organik yang disebut hormon bergerak melalui darah; gerak balas lambat dan berpanjangan; kesan boleh melibatkan beberapa organ.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!