Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia
12.1 - Koordinasi dan Gerak Balas
Komponen Koordinasi
- Kepekaan: Keupayaan mengesan perubahan dalam persekitaran dan bergerak balas terhadap perubahan tersebut.
- Rangsangan: Perubahan yang merangsang gerak balas.
- Reseptor: Sel deria khas yang mengesan rangsangan dan menukarkannya kepada impuls saraf.
- Pusat integrasi: Otak mentafsir impuls saraf dan mengkoordinasi gerak balas yang sesuai.
- Efektor: Bahagian badan yang bergerak balas; contohnya otot dan kelenjar.
- Gerak balas: Cara organisma bertindak selepas mengesan rangsangan.
Laluan: rangsangan → reseptor → neuron deria → pusat integrasi → neuron motor → efektor → gerak balas.
Rangsangan Luar dan Rangsangan Dalam
- Rangsangan luar: Cahaya, bunyi, bau, rasa, suhu persekitaran, tekanan dan sentuhan.
- Rangsangan dalam: Perubahan tekanan osmosis darah, suhu badan dan aras gula dalam darah.
Jenis Reseptor Deria
- Kemoreseptor: Mengesan bahan kimia.
- Mekanoreseptor: Mengesan rangsangan sentuhan dan tekanan.
- Fotoreseptor: Mengesan cahaya.
- Termoreseptor: Mengesan perubahan suhu.
- Baroreseptor: Mengesan perubahan tekanan.
- Nosiseptor: Mengesan kesakitan.
Keperluan Gerak Balas
- Gerak balas terhadap rangsangan luar membolehkan manusia dan haiwan menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran dan terus hidup.
- Gerak balas terhadap rangsangan dalam mengembalikan perubahan persekitaran dalam kepada julat normal.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice