WeAcademia

Koordinasi dan Gerak Balas dalam Manusia

12.3 - Neuron dan Sinaps

Struktur Asas Neuron

Rajah berlabel menunjukkan struktur asas neuron
Struktur asas neuron
  • Dendrit: Cabang pendek yang menerima impuls saraf dan menghantarnya ke badan sel.
  • Badan sel: Mengandungi nukleus dan dendrit; mengintegrasi isyarat dan mengkoordinasi aktiviti metabolisme.
  • Akson: Cabang memanjang yang membawa impuls keluar dari badan sel ke neuron lain atau efektor.
  • Salut mielin: Membran penebat yang menyaluti akson, melindungi neuron, menebat impuls elektrik dan membekalkan nutrien kepada akson.
  • Nodus Ranvier: Ruang berkala yang tidak ditebat mielin; mempercepat pengaliran impuls dengan membolehkan impuls melompat dari satu nodus ke nodus berikutnya.
  • Bonggol sinaps: Pembengkakan pada hujung cabang akson yang menghantar isyarat ke sel otot, sel kelenjar atau dendrit neuron lain.

Jenis dan Fungsi Neuron

Neuron Deria

  • Terdapat dalam akar dorsal saraf spina.
  • Membawa impuls dari reseptor organ deria ke sistem saraf pusat.
  • Badan sel terdapat dalam ganglion akar dorsal.

Neuron Geganti

  • Gentian saraf yang terdapat dalam sistem saraf pusat.
  • Menghubungkan neuron deria dengan neuron motor.
  • Badan sel terdapat secara berkelompok dalam jirim kelabu sistem saraf pusat.
  • Menghantar impuls dari neuron deria ke sistem saraf pusat dan dari sistem saraf pusat ke neuron motor.

Neuron Motor

  • Terdapat dalam akar ventral saraf spina.
  • Menerima impuls daripada neuron geganti dan menghantarnya ke efektor seperti otot atau kelenjar.
  • Badan sel terdapat dalam jirim kelabu saraf tunjang.

Sinaps

  • Sinaps ialah ruang sempit yang memisahkan bonggol sinaps daripada dendrit neuron penerima.
  • Sinaps membolehkan impuls bergerak dalam satu arah dan mengawal jenis impuls yang melaluinya.
  • Penghantaran merentasi sinaps adalah perlahan kerana berlaku secara kimia.

Penghantaran Impuls Merentasi Sinaps

  1. Impuls elektrik tiba di bonggol sinaps.
  2. Vesikel sinaps membebaskan neurotransmiter ke dalam sinaps.
  3. Neurotransmiter meresap merentasi sinaps dan bergabung dengan protein reseptor khusus pada dendrit neuron penerima.
  4. Penggabungan tersebut mencetuskan impuls elektrik seterusnya dalam neuron penerima.
  • Contoh neurotransmiter: asetilkolina, noradrenalina, serotonin dan dopamina.
  • Bonggol sinaps mengandungi banyak mitokondrion untuk menjana tenaga bagi penghantaran impuls saraf.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!