WeAcademia

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan

4.4 - Penggunaan Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menggunakan teknologi pengkomputeran dan telekomunikasi untuk mengalirkan, menyebarkan, memproses dan menyimpan maklumat. ICT menghubungkan bahagian fungsian dengan memudahkan pertukaran maklumat yang diperlukan untuk menyelaraskan operasi.

Tujuan penggunaan teknologi maklumat

  • Memudahkan sistem operasi. ICT memperbaik komunikasi dalaman, membantu perniagaan membuat keputusan dan memudahkan penyesuaian terhadap perubahan.
  • Memperoleh maklumat dengan cepat. Pelbagai sumber mudah dicapai, lalu mempercepat penjanaan idea dalam perbincangan.
  • Memperluas skop perniagaan. Perniagaan boleh berurus niaga secara maya dan mencapai lebih ramai pelanggan di seluruh dunia.
  • Memudahkan kewangan dan perakaunan. Perisian mempercepat kemasukan data dan pengiraan serta meningkatkan ketepatannya.
  • Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi. Maklumat yang tepat membantu pengurusan membuat keputusan dan mengukuhkan kelebihan daya saing.
  • Meluaskan pasaran. Capaian global membuka peluang untuk memaksimumkan keuntungan.
  • Meluaskan hubungan dan jaringan. Komunikasi yang lebih mudah membantu perniagaan berhubung dengan pelanggan dan rakan strategik.
  • Mempercepat pengeluaran dan pengedaran. Pemantauan pengeluaran yang sistematik membantu mempercepat pengeluaran dan pengedaran barang.

Contoh. e-Filing membolehkan borang nyata cukai pendapatan diisi dan dihantar melalui komputer.

Aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan

AplikasiKegunaan
e-pemasaranMemasarkan produk dalam talian supaya pelanggan boleh menyemak maklumat produk dan membuat tempahan dengan segera.
e-dagangMenjalankan tempahan, pembelian dan pembayaran dalam talian. Urusan yang boleh dibuat secara berterusan membantu meningkatkan hasil jualan.
e-governmentBerurusan dalam talian dengan kementerian dan jabatan kerajaan. Urusan menjadi lebih cepat, telus dan menjimatkan kos.
e-bankingMembayar bil, membuat pelaburan, menyemak baki dan mengurus keluar masuk wang dalam talian. Urusan perbankan menjadi lebih cepat dan menjimatkan kos.
Laman sosialMengiklankan produk, meluaskan rangkaian rakan perniagaan, mendapatkan pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Contohnya Facebook, Instagram dan LinkedIn.
E-melMenyampaikan maklumat kepada pelanggan dan perniagaan lain dengan cepat serta menjimatkan kos.

Contoh e-government. Pada tahun 2016, MyEG menyediakan perkhidmatan dalam talian seperti pembaharuan lesen memandu dan semakan saman.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!