Dasar Luar Malaysia
9.8 - Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Latar Belakang OIC
- OIC dianggotai oleh 57 buah negara.
- Kebanyakan anggota terletak di Timur Tengah dan Utara Afrika; anggota lain terletak di Asia Tenggara, Eropah dan Amerika.
- OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi, ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid al-Aqsa oleh puak Zionis.
- Pertubuhan ini memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
Pelibatan Malaysia
- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menyuarakan penubuhan sebuah pertubuhan Islam untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di seluruh dunia.
- Hasrat tersebut diperkukuh selepas Persidangan Pertama Kongres Islam Sedunia Rantau Asia Tenggara pada tahun 1964 di Kuala Lumpur.
- Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Persidangan Islam Antarabangsa pada April 1969.
- Agenda persidangan dibawa ke Rabat, Maghribi, sehingga tertubuhnya OIC.
Setiausaha Agung Pertama
- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama dari tahun 1970 hingga tahun 1974.
- Tugasnya adalah mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan sewajarnya.
Pengerusi OIC
- Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Pengerusi OIC pada tahun 2003.
- Malaysia menghadapi tohmahan yang mengaitkan masyarakat Islam dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
- Malaysia mengetengahkan nilai kesederhanaan dan menolak keganasan.
Pembangunan Pendidikan
- Malaysia bersama-sama OIC menekankan pembangunan sosial melalui pembiayaan pelajaran dan kebajikan.
- Usaha tersebut dilaksanakan melalui pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Biasiswa diberikan kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di UIAM.
Menangani Isu Politik Negara Islam
- Malaysia menyuarakan pandangan tentang isu Palestin, Afghanistan dan perang Iran-Iraq.
- Iran-Iraq:
- Malaysia menjadi perantara melalui OIC.
- Selepas gencatan senjata pada Ogos 1988, 15 pegawai tentera Malaysia menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
- Palestin:
- Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
- Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Keserantauan Asia berkaitan Palestin di Kuala Lumpur pada Mei 1983.
- Malaysia menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri dan memiliki negara merdeka.
- Afghanistan:
- Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh Kesatuan Rusia sejak tahun 1979.
- Malaysia membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
Pembangunan Ekonomi
- Malaysia menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IsDB) yang ditubuhkan pada tahun 1973.
- Malaysia menyertai IsDB pada tahun 1974 dan memperoleh pinjaman untuk membiayai projek pembangunan negara.
- Penubuhan IsDB mendorong perkembangan sistem perbankan Islam:
- Dubai Islamic Bank pada tahun 1975.
- Islamic Bank of Bahrain pada tahun 1979.
- Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice9.1 - Latar Belakang Dasar Luar9.2 - Asas Penggubalan Dasar Luar9.3 - Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)9.4 - Malaysia dalam Komanwel9.5 - Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar9.6 - Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)9.7 - Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)9.8 - Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)