Dasar Luar Malaysia
9.1 - Latar Belakang Dasar Luar
Hubungan Luar Sebelum Melaka
- Kerajaan awal telah mengadakan hubungan dengan China:
- P’an-p’an menghantar utusan pada tahun 424 Masihi.
- Langkasuka menghantar utusan pada tahun 523 Masihi.
- Chih-t’u menghantar utusan pada tahun 608 Masihi.
- Penghantaran utusan membuktikan hubungan kerajaan tersebut dengan China.
Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka
- Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan erat dengan kerajaan di Alam Melayu dan di luar Alam Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
- Hubungan diplomatik dilaksanakan melalui penghantaran utusan dengan China, Ryukyu, Siam, Makassar, Pasai dan Turki.
- Hubungan perdagangan dijalankan dengan China, Hadhramaut (Yaman), Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel, Bengal, Mesir, Parsi dan Turki.
Kepentingan Hubungan Luar
- Menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan.
- Menjamin kemakmuran Melaka melalui hubungan perdagangan dengan negara lain.
- Mengekalkan penguasaan terhadap aktiviti perdagangan di Selat Melaka.
- Membantu Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.
- Memperoleh perakuan tentang kedaulatan Melaka.
Zaman British
- Hal ehwal luar negeri Melayu, Negeri-negeri Selat (NNS), Sarawak dan Sabah dikawal oleh Pejabat Tanah Jajahan di London.
Selepas Kemerdekaan
- Kemerdekaan membolehkan negara menggubal dasar luar sendiri untuk kepentingan negara.
- Semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, dasar luar berbentuk probarat dan antikomunis.
- Semasa pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia bersikap tidak memihak dan menjalinkan hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice9.1 - Latar Belakang Dasar Luar9.2 - Asas Penggubalan Dasar Luar9.3 - Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)9.4 - Malaysia dalam Komanwel9.5 - Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar9.6 - Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)9.7 - Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)9.8 - Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)