Dasar Luar Malaysia
9.5 - Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar
- Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an.
- Perubahan ekonomi, sosial dan politik antarabangsa menguji kemampuan Malaysia mengukuhkan dasar luar.
Cabaran Politik Antarabangsa
- Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dengan menjalinkan hubungan tanpa mengira ideologi.
- Dasar ini membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan dengan China melalui lawatan Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1974.
Cabaran Politik Serantau
- Peluasan pengaruh komunis di Indochina menimbulkan ketidakstabilan di Asia Tenggara.
- Kebanjiran pendatang asing Vietnam di Asia Tenggara turut memberikan kesan kepada Malaysia.
- Pada tahun 1976, Malaysia menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia, untuk membincangkan pergolakan Indochina dan masa hadapan Asia Tenggara.
Cabaran Keselamatan dan Pertahanan
- Anglo–Malaysian Defence Agreement (AMDA) antara Malaysia dengan Britain ditamatkan pada tahun 1971.
- Malaysia menandatangani Five Power Defence Arrangements (FPDA) atau Perjanjian Pertahanan Lima Negara pada 15 April hingga 16 April 1971.
- FPDA melibatkan Malaysia, Singapura, Britain, New Zealand dan Australia.
- Malaysia memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama melalui FPDA untuk memperkukuh pertahanan dan keselamatan.
- Kerjasama pertahanan dan keselamatan ASEAN dibincangkan melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.
- Malaysia menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965 untuk menangani isu keselamatan.
Cabaran Pembangunan Ekonomi
- Negara maju mendominasi penentuan harga komoditi bijih timah, getah, hasil minyak dan gas negara.
- Malaysia menyertai Majlis Timah Antarabangsa (ITC) dan Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT).
- Malaysia mendesak melalui pertubuhan tersebut supaya harga barangan dikawal bagi membolehkan negara memperoleh hasil daripada minyak dan gas.
- PETRONAS ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membangunkan sektor minyak dan gas negara.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice9.1 - Latar Belakang Dasar Luar9.2 - Asas Penggubalan Dasar Luar9.3 - Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)9.4 - Malaysia dalam Komanwel9.5 - Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar9.6 - Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)9.7 - Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)9.8 - Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)