WeAcademia

Dasar Luar Malaysia

9.7 - Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM)

  • NAM turut dikenali sebagai Pergerakan Negara-negara Berkecuali.

Latar Belakang Pelibatan Malaysia

  • Selepas merdeka, Malaysia mengamalkan dasar probarat dan menolak sikap neutral serta penyertaan dalam pakatan negara tanpa pihak.
  • Malaysia kemudian beralih kepada dasar berkecuali dan terlibat secara aktif dalam NAM.
  • Pelibatan dalam NAM membolehkan Malaysia menjalinkan hubungan yang lebih terbuka dengan pelbagai pihak tanpa sekatan.
  • Penyertaan bermula apabila Muhammad Ghazali Shafie, Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri, menghadiri mesyuarat penyediaan Sidang Kemuncak di Dar es Salam, Tanzania, pada April 1970.
  • Penyertaan tersebut membuktikan perubahan daripada dasar probarat kepada dasar terbuka berasaskan prinsip neutral, aman, bebas dan berkecuali.

Peranan Malaysia dalam NAM

Tuan Rumah Sidang Kemuncak dan Pengerusi

  • Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003.
  • Deklarasi Kuala Lumpur menyatakan sikap NAM terhadap isu Palestin dan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq yang dianggap sebagai pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil.
  • Penganjuran sidang membuktikan kemampuan Malaysia mengendalikan persidangan bertaraf dunia.
  • Malaysia menjadi Pengerusi NAM dari tahun 2003 hingga tahun 2006.
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi.
  • Malaysia berusaha meningkatkan kemajuan dan pembangunan anggota serta menjadikan NAM sebuah organisasi yang dihormati.

Peranan dalam Politik

  • Malaysia menggunakan NAM untuk menyuarakan pendirian terhadap dasar Aparteid.
  • Malaysia bersetuju supaya tekanan politik dan ekonomi dikenakan terhadap Afrika Selatan.
  • Pada Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia (1992), Malaysia membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang ditekan oleh Serbia.
  • Keahlian Yugoslavia sebagai negara pengasas NAM digantung hasil usaha bersama Malaysia dan anggota lain.
  • Malaysia menerima sejumlah pelarian Bosnia dan Herzegovina.

Dasar Keamanan dan Berkecuali

  • Malaysia meminta supaya Asia Tenggara diterima sebagai kawasan berkecuali.
  • Malaysia berpandangan China, Rusia dan Amerika Syarikat perlu mengiktiraf pendirian tersebut serta tidak campur tangan atau memberikan tekanan kepada negara serantau.
  • Malaysia menandatangani Perisytiharan Lusaka pada tahun 1970 sebagai iltizam NAM mendesak pengharaman senjata nuklear.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!