WeAcademia

Dasar Luar Malaysia

9.3 - Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pelibatan Awal Malaysia

  • PBB ditubuhkan pada tahun 1945 untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia.
  • Malaysia menjadi anggota PBB sejak mencapai kemerdekaan.
  • Dr. Ismail Abdul Rahman dilantik sebagai wakil tetap ke PBB yang pertama.
  • Pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa ialah “hidup bersama secara aman”.

Pelibatan Malaysia dalam PBB

Mendukung Piagam PBB

  • Menegakkan hak asasi manusia dan pencapaian taraf hidup untuk semua tanpa membezakan kaum, jantina, bahasa atau agama.
  • Menghormati kedaulatan wilayah negara lain.
  • Tidak campur tangan dalam urusan hal ehwal negara lain.

Terlibat dalam Agensi PBB

  • UNESCO: Gunung Mulu dan Taman Kinabalu (2000), Bandar Melaka dan Georgetown (2008) serta Lembah Lenggong (2012) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
  • FAO: Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan.
  • WHO: Kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan.
  • UNHCR: PBB dibenarkan membuka pejabat di Kuala Lumpur untuk menjaga dan melindungi pelarian serta golongan yang tidak bernegara.
  • Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 dan tidak mempunyai rangka perundangan atau pentadbiran yang mengawal status serta hak pelarian.
  • Dasar kemanusiaan Malaysia membenarkan pelarian tinggal sementara sebelum ditempatkan ke negara ketiga oleh UNHCR.
  • Malaysia dipilih empat kali sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB: 1965, 1989–1990, 1999–2000 dan 2015–2016.

Sumbangan dalam Misi Pengaman

  • Malaysia menyertai misi pengaman PBB di Congo, Namibia, Somalia, Bosnia dan Herzegovina, Kemboja, Timor Leste, Ethiopia dan Lubnan.
  • Tugas pasukan pengaman:
    • Memastikan keselamatan penduduk.
    • Mengawasi gencatan senjata dalam perang saudara.
    • Mendaulatkan undang-undang negara yang terlibat.
  • Misi yang disertai:
    • Congo — UNOC (1960–1964).
    • Namibia — UNTAG (1989–1990).
    • Kemboja — UNTAC (1992–1993).
    • Somalia — UNOSOM II (1992–1995).
    • Bosnia dan Herzegovina — UNPROFOR (1992–1995).
    • Timor Leste — INTERFET (1999–2002).
    • Ethiopia — UNMEE (2000–2008).
    • Lubnan — UNIFIL (2007–kini).

Misi Pegawai Pemerhati

  • Malaysia menyertai misi pegawai pemerhati di negara yang menghadapi konflik.
  • Tugas pegawai pemerhati:
    • Membantu pentadbiran dan pengurusan.
    • Memberikan latihan teknikal.
    • Menjadi jurubahasa.
  • Misi yang disertai:
    • Sahara Barat — MINURSO (Julai 1991–kini).
    • Chad-Libya — UNASOG (1994).
    • Sierra Leone — UNAMSIL (1999–2005).
    • Liberia — UNOMIL (Ogos 1993–1997).
    • Congo — MONUSCO (1999–kini).
    • Angola — UNAVEM II (1991–1995).
    • Namibia — UNTAG (Februari 1989–April 1990).
    • Bosnia dan Herzegovina — UNMIBH (1995–1996).
    • Iraq — UNIKOM (1991–2003).
    • Kemboja — UNAMIC (1991–1992).
    • Mozambique — ONUMOZ (1992–1994).
    • Ethiopia — UNMEE (2000–2008).
    • Timor Leste — UNTAET (1999–2002).

Tokoh Malaysia dalam Agensi PBB

  • Tan Sri Razali Ismail:
    • Mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat UNDP dari tahun 1990 hingga 1992.
    • Dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB (ECOSOC) pada tahun 1991.
    • Menjadi wakil khas Setiausaha Agung PBB ke Myanmar dari tahun 2000 hingga 2005.
  • Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood:
    • Dilantik sebagai seorang daripada 16 ahli Penasihat Kumpulan Tabung Tindakan Kecemasan Pusat pada tahun 2008.
    • Terlibat dengan UNFPA dari tahun 2009 hingga 2011.
    • Menjadi Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di PBB pada tahun 2014.
  • Datuk Maimunah Mohd Sharif:
    • Mengetuai UN-Habitat dari tahun 2017 hingga 2020.
    • Menjadi wanita pertama di Asia yang menjawat jawatan tersebut.
  • Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar:
    • Dilantik sebagai Pemerintah Tertinggi UNOSOM II di Somalia pada tahun 1994.
    • Menjadi warga Malaysia pertama yang diberi kepercayaan sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera PBB.
  • Dr. Jomo Kwame Sundaram:
    • Dilantik sebagai Penyelaras Penyelidikan (Kehormat) Kumpulan Antara Kerajaan G24 bagi Hal Ehwal Kewangan dan Pembangunan Antarabangsa pada Disember 2004.
    • Dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan PBB Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial pada tahun 2005.
    • Menjadi Penolong Ketua Pengarah dan Penyelaras Pembangunan Ekonomi dan Sosial di FAO dari tahun 2012 hingga 2015.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!