WeAcademia

Membina Kesejahteraan Negara

7.6 - Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara

  • Rukun Negara ialah ideologi negara yang menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
  • Rukun Negara ialah susunan prinsip hidup masyarakat yang mengandungi nilai kenegaraan dan norma sosial dalam politik, ekonomi, agama, budaya dan perundangan.
  • Rukun Negara menggariskan ikrar yang perlu dihayati oleh warganegara dan menjadi falsafah hidup rakyat Malaysia.

Sejarah Pembentukan

  • Dibentuk ekoran peristiwa 13 Mei 1969.
  • Terhasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dibentuk oleh MAGERAN pada 29 Januari 1970.
  • Diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970, bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan ke-13.

Keanggotaan Majlis Perundingan Negara

  • Wakil MAGERAN.
  • Wakil kerajaan negeri.
  • Wakil parti politik.
  • Wakil Sarawak dan Sabah.
  • Wakil kumpulan agama.
  • Wakil badan profesional.
  • Wakil perkhidmatan awam.
  • Wakil kesatuan sekerja dan persatuan majikan.
  • Wakil akhbar.
  • Wakil guru-guru.
  • Wakil kumpulan minoriti.

Matlamat ke Arah Kesejahteraan

Negara Bersatu

  • Mencipta satu bangsa dan negara yang bersatu padu.
  • Setiap anggota masyarakat menganggap diri sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan atau kepercayaan.
  • Rakyat mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara.

Masyarakat Demokratik

  • Memelihara cara hidup demokratik apabila rakyat bertindak melalui Parlimen yang dilantik menerusi perlembagaan.
  • Perlembagaan menjamin kebebasan hak asasi dan kegiatan berpolitik selagi tidak melanggar undang-undang.
  • Kepentingan negara diutamakan berbanding dengan kepentingan sesuatu kaum.

Masyarakat Adil

  • Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
  • Pihak yang lemah dan berkurangan dibantu supaya mendapat peluang yang sama untuk bersaing dan bebas daripada penindasan.

Masyarakat Liberal

  • Setiap anggota masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara.
  • Masyarakat menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

Masyarakat Progresif

  • Masyarakat bergerak maju mengikut kemajuan sains dan teknologi sambil mengamalkan nilai ketuhanan.
  • Masyarakat bergerak sejajar dengan perubahan dan kemajuan semasa.

Prinsip Rukun Negara

1. Kepercayaan kepada Tuhan

  • Agama menjadi panduan hidup untuk membentuk keperibadian yang baik dan keharmonian kaum.
  • Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan; agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.
  • Rakyat saling memahami, menghormati dan bertoleransi dalam aspek keagamaan.

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Negara mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.
  • Raja ialah simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum.
  • Prinsip ini melahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan, mematuhi undang-undang, meningkatkan imej negara, mempertahankan kedaulatan dan berjiwa patriotik.

3. Keluhuran Perlembagaan

  • Membawa maksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan atau undang-undang.
  • Perlembagaan memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat.
  • Rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan.

4. Kedaulatan Undang-undang

  • Rakyat menghormati undang-undang, tidak melakukan kesalahan dan menyokong penguatkuasaannya.
  • Rakyat bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara kedaulatan undang-undang daripada dicabar demi kehidupan yang aman dan harmoni.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

  • Setiap rakyat bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia.
  • Kesopanan dan kesusilaan menjamin hubungan baik sesama kaum terus terpelihara.
  • Penghayatan nilai murni melahirkan suasana harmoni dan saling bertolak ansur.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!