Membina Kesejahteraan Negara
7.1 - Perpaduan dan Integrasi Nasional
Maksud Perpaduan dan Integrasi Nasional
Perpaduan Kaum
- Keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam masyarakat yang bersatu.
- Rakyat memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Integrasi Nasional
- Proses dinamik yang merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.
- Masyarakat mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Latar Belakang Hubungan Kaum
- Pentadbiran British memisahkan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan.
- Pemisahan menyukarkan setiap kaum memahami adat resam dan budaya kaum lain.
- Selepas Perang Dunia Kedua, pemimpin pelbagai kaum bekerjasama untuk mewujudkan perpaduan.
Kesan Dasar British
- Pentadbiran
- Pentadbiran British bermula pada tahun 1874 menerusi pengenalan Sistem Residen.
- Dasar yang mengutamakan sektor ekonomi membawa masuk pekerja dari luar untuk sektor perlombongan, perladangan dan perniagaan.
- Kaum bumiputera tertumpu di luar bandar dan menjalankan kegiatan ekonomi tradisional.
- Pemisahan merenggangkan hubungan kaum hingga selepas kemerdekaan dan menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969.
- Kegiatan ekonomi dan petempatan
- Ekonomi berasaskan perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
- Kegiatan ekonomi berbeza mengikut kaum menyebabkan petempatan terpisah di kawasan perlombongan, bandar, estet dan perkampungan.
- Interaksi antara kaum berkurang dan jurang ekonomi menjadi tidak seimbang.
- Sistem pendidikan
- Wujud sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina, India dan Inggeris.
- Sekolah berkembang mengikut kaum masing-masing dan sistem ini diteruskan selepas kemerdekaan pada tahun 1957.
- Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
- Fahaman politik
- Fahaman politik berasaskan kaum bermula dengan penubuhan parti politik sebelum kemerdekaan dan berterusan hingga kini.
- Parti politik memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing dalam isu bahasa, budaya, pendidikan dan ekonomi.
- Keadaan ini mempengaruhi hubungan antara kaum.
Memperkasakan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Politik
- Jabatan Perpaduan Negara: ditubuhkan di bawah bidang kuasa MAGERAN untuk mendraf ideologi negara, iaitu Rukun Negara.
- Majlis Muhibah Negara: pembentukannya diwartakan pada 18 Julai 1969 untuk menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat berbilang kaum.
- Majlis Perundingan Negara: ditubuhkan pada 29 Januari 1970 untuk:
- mengadakan garis panduan kerjasama antara kaum;
- mengadakan garis panduan integrasi nasional antara negeri dengan wilayah; dan
- memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat.
- Membentuk gabungan parti politik pelbagai kaum untuk mewujudkan keharmonian dan kestabilan politik selepas peristiwa 13 Mei 1969.
- Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri untuk mewujudkan integrasi antara negeri.
Ekonomi
- Meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia dengan tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi semua kaum.
- Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.
- Membangunkan masyarakat luar bandar dan wilayah melalui rancangan pembangunan tanah untuk menambah pendapatan dan membasmi kemiskinan.
- Memajukan perindustrian dan perdagangan melalui Zon Perindustrian Bebas di Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang.
- Peluang pekerjaan yang terbuka luas kepada semua kaum mendorong penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dan mempercepat proses integrasi.
- Mengintegrasi ekonomi melalui pembangunan ekonomi wilayah, termasuk di Sarawak dan Sabah, supaya semua kaum dapat bersaing secara adil.
Sosial
- Menambah baik Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Akta Pendidikan 1996 untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
- Mengukuhkan sistem pendidikan melalui Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan rakyat patriotik dan cinta akan negara.
- Memperkasakan bahasa Melayu melalui Akta Bahasa Kebangsaan, UKM sebagai pusat ilmu dan DBP bagi menyebarluaskan bahasa kebangsaan serta membentuk identiti bahasa yang sama.
- Menggalakkan pengamalan satu kebudayaan kebangsaan untuk membentuk identiti bangsa Malaysia yang bersatu padu.
- Menggalakkan pelibatan dalam sukan untuk mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan.
- Memperkenalkan Rukun Negara sebagai tunjang kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap bangsa dan negara.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice