WeAcademia

Membina Kesejahteraan Negara

7.3 - Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan

  • Seiring dengan kemerdekaan negara, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
  • Kedudukannya dimartabatkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan, pentadbiran, sistem pendidikan, UKM dan DBP.
  • Bahasa ilmu: bahasa yang mampu menjadi perantaraan penyampaian ilmu pengetahuan hingga peringkat tinggi.
  • Bahasa rasmi: bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi seperti pentadbiran, sistem pendidikan, perdagangan dan kehakiman.

Akta Bahasa Kebangsaan

  • Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan alat untuk memupuk perpaduan kaum.
  • Akta Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 1967 dan dikenali sebagai Akta 32.
  • Akta digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  • Akta mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971.
  • Seksyen 2 menetapkan segala urusan rasmi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Seksyen 8 menetapkan bahasa Melayu digunakan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia, kecuali pemberian keterangan oleh seseorang saksi.

Bahasa Rasmi Pentadbiran

  • Bahasa Melayu menjadi unsur penggerak jentera pentadbiran negara.
  • Bahasa Melayu menjadi alat komunikasi rasmi dalam urusan kementerian dan jabatan kerajaan.
  • Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam urusan mahkamah pada tahun 1990.

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

  • Pembukaan sekolah menengah kebangsaan berbahasa pengantar bahasa Melayu dipergiat di seluruh negara.
  • Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Bahasa pengantar yang sama memupuk semangat kekitaan dan bersatu dalam kalangan murid.
  • Bilangan guru terlatih bahasa Melayu ditambah di sekolah menengah kebangsaan, manakala guru khas disediakan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan.

UKM sebagai Pusat Keilmuan Bahasa Melayu

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
  • UKM ialah pusat pengajian tinggi awam pertama yang memperkenalkan pengajian pelbagai jurusan dan bidang kursus dalam bahasa Melayu.
  • Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) ditubuhkan pada 1 Disember 1972.
  • IBKKM menjadikan UKM pusat penyelidikan dan rujukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan tamadun Melayu.
  • IBKKM dinamakan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada tahun 1992.
  • ATMA menjadi tumpuan penyelidik, sasterawan, karyawan dan budayawan pelbagai kaum dari dalam dan luar negara.
  • Pengiktirafan Muhammad Haji Salleh dan Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara membuktikan kejayaan UKM sebagai pusat keilmuan bahasa Melayu.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

  • Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.
  • Bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
  • Nama asal DBP ialah Balai Pustaka.
  • Pengarah pertama ialah Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid; jawatan ini kini dikenali sebagai Ketua Pengarah.
  • Pejabat wilayah dan cawangan dibuka di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah untuk mengembangkan bahasa dan sastera sebagai medium perpaduan.
  • DBP mengembangkan bahasa dan sastera Melayu melalui:
    • penerbitan buku, majalah dan risalah;
    • seminar dan bengkel; serta
    • aktiviti bersempena dengan Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
  • Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuhkan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!