WeAcademia

Membina Kesejahteraan Negara

7.4 - Dasar Kebudayaan Kebangsaan

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk untuk mewujudkan perpaduan negara dan integrasi nasional melalui kesenian dan kebudayaan.
  • Dasar menjadi garis panduan untuk membentuk dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia.

Sejarah Pembentukan

  • Digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.
  • Kongres ialah lanjutan daripada Kongres Rakyat 1956, iaitu Kongres Kebudayaan Melayu.
  • Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Prinsip Utama

  1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
  2. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting.
  3. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Matlamat Pembentukan

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang terhasil daripada kebudayaan kebangsaan.
  • Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Agensi Pelaksana

  • Semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan terlibat dalam pelaksanaan dasar.
  • Agensi pelaksana:
    • Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
    • Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara;
    • Majlis Kebudayaan Negeri;
    • Istana Budaya; dan
    • Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Citrawarna Malaysia

  • Menjelmakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dengan melibatkan pelbagai kaum dan budaya.
  • Mula dianjurkan pada tahun 1999 sebagai promosi pelancongan.
  • Memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyanyian rakyat Malaysia.
  • Diadakan di Dataran Merdeka pada bulan Mei setiap tahun dengan pelibatan rakyat pelbagai kaum dan budaya.

Penggiat Budaya

  • Dasar Kebudayaan Kebangsaan melahirkan tokoh dan penggiat budaya yang tersohor.
  • Sumbangan mereka membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa, menggalakkan karya seni tempatan bermutu tinggi serta memartabatkan khazanah asli negara.
  • Tokoh yang diketengahkan:
    • Azah Aziz (Mak Ungku) — Tokoh Budayawan;
    • Hamzah Dolmat — Seni Muzik Tradisional;
    • Lim Swee Tin — Kesusasteraan;
    • Samuel Dass — Muzik Tradisional India;
    • Shuhaibun Yussuf — Budaya dan Kesusasteraan Sabah; dan
    • Mathew Ngau Jau — Muzik Tradisional (Sape) Sarawak.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!