WeAcademia

Membina Kesejahteraan Negara

7.2 - Dasar Pendidikan Kebangsaan

Latar Belakang Dasar Pendidikan Kebangsaan

  • Pendidikan menjadi saluran untuk membina perpaduan kaum dan integrasi nasional.
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum.
  • Dasar ini dilaksanakan melalui Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
  • Dasar pendidikan disemak semula pada tahun 1960 lalu menghasilkan Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

  • Menyatupadukan rakyat.
  • Menyediakan tenaga kerja mahir daripada pelbagai kaum.
  • Mengadakan sistem pendidikan yang memenuhi keperluan negara.
  • Menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik.
  • Melahirkan rakyat yang berilmu, seimbang dan harmoni serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Laporan Rahman Talib

  • Jawatankuasa dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 untuk menyemak semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
  • Laporan menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 dan penyemakan Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya.
  • Teras sistem pendidikan kebangsaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi dikekalkan melalui:
    • bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pendidikan; dan
    • kurikulum yang sama dan berorientasikan negara kita bagi semua jenis sekolah.
  • Cadangan tambahan untuk memperkukuh semangat kekitaan dan kebersamaan:
    • menekankan mata pelajaran Sejarah bagi menanam perasaan cinta dan kesetiaan terhadap negara; dan
    • mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat bagi membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan persefahaman antara kaum.

Kajian Aminuddin Baki

  • Menambah baik dan melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib melalui:
    • sistem persekolahan aneka jurusan untuk menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik;
    • kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir pelbagai kaum dan memenuhi permintaan pasaran kerja; dan
    • sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum untuk memupuk perpaduan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet

  • Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada September 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan.
  • Laporan diumumkan oleh Menteri Pelajaran pada tahun 1979.
  • Kandungan yang memperkukuh perpaduan:
    1. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dijadikan mata pelajaran wajib dalam peperiksaan awam.
    2. Pendidikan kerohanian ditegaskan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
    3. Aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua kaum ditekankan melalui unit beruniform, sukan dan permainan serta persatuan.
  • Hasil laporan:
    • Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982;
    • Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Negara digubal pada tahun 1988; dan
    • KBSM mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 1989.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

  • Murid menguasai dan menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan alat perpaduan.
  • Murid menguasai tiga bidang asas: komunikasi; kemanusiaan dan alam sekitar; serta perkembangan diri individu.
  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 1 di semua sekolah mulai tahun 2011.

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

  • Digubal berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan bersatu padu.
  • Digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), bermula dengan murid Tingkatan 1 pada tahun 2017.
  • Pembaharuan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025) yang memfokuskan penguasaan kemahiran abad ke-21.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

  • Falsafah Pendidikan Negara digubal pada tahun 1988 untuk memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara ke arah perpaduan.
  • Namanya ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996.
  • Menekankan pendidikan menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Akta Pendidikan 1996

  • Memperkukuh kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
  • Menjadikan bahasa kebangsaan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan institusi pendidikan.
  • Institusi pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cinta akan negara serta nilai murni.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!