Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
3.5 - Keunikan Amalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita
- Keunikan pemerintahan negara lahir daripada gabungan unsur tradisional dengan unsur moden.
Gabungan Unsur Tradisional dan Moden
Sintesis Raja dan Demokrasi
- Unsur tradisional: Kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat Melayu.
- Unsur moden: Demokrasi Berparlimen berdasarkan model Westminster England.
- Gabungan kedua-dua unsur mengimbangi amalan demokrasi dalam persekitaran sosiopolitik yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran
Imbangan Kuasa Pemerintahan
- Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan.
- Pemerintahan beraja mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja berkecuali dalam politik, ekonomi dan dasar negara.
- Kuasa pengimbang pada raja meredakan konflik yang berlaku dalam demokrasi.
- Pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman mewujudkan mekanisme semak dan imbang.
- Badan Kehakiman menyelesaikan pertikaian antara badan atau pihak yang berkuasa.
Kuasa Budi Bicara Raja
- Kuasa budi bicara ialah kuasa yang dilaksanakan oleh raja tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan dalam perkara tertentu.
Kuasa Budi Bicara YDPA
- Melantik ketua Kerajaan Persekutuan, iaitu Perdana Menteri.
- Tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.
Kuasa Budi Bicara Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri
- Melantik ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri.
- Tidak memperkenankan permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kerjasama Politik
Permuafakatan dan Perkongsian Kuasa
- Kerjasama politik menekankan perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan.
- Permuafakatan pelbagai parti politik dalam satu gabungan membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan.
- Pada tahun 1955, Parti Perikatan dibentuk sebagai gabungan parti yang berasaskan kaum.
- Parti Perikatan kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.
- Barisan Nasional memenangi 13 kali pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
- Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, kerjasama politik membolehkan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice