Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
3.1 - Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
- Pemerintahan beraja berkembang mengikut peredaran zaman daripada sistem beraja mutlak kepada Raja Berperlembagaan.
- Raja Berperlembagaan diamalkan seiring dengan Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara.
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka (KMM)
Raja Berkuasa Mutlak
- Raja ialah pemerintah yang berkuasa mutlak.
- Kuasa pemerintahan merangkumi pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
- Pemerintahan raja diperkukuh oleh konsep Islam.
- Raja merupakan ketua agama Islam.
- Kesultanan Melayu Melaka menjadi pelopor tradisi dan adat istiadat kerajaan Melayu.
Undang-Undang KMM
- Pemerintahan berdasarkan undang-undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Pengaruh Islam
- Selepas kedatangan Islam, gelaran raja digantikan dengan gelaran sultan.
- Raja kekal sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing.
Sebelum Perang Dunia Kedua
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
- British memperkenalkan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
- British mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri.
- Raja-raja Melayu kekal sebagai pemerintah berdaulat.
- Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
- British menempatkan Penasihat British di Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu dan Johor.
- Pentadbiran negeri dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh raja.
- Kedudukan raja di NNMTB lebih kukuh berbanding dengan kedudukan raja di NNMB.
- Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 menghalang perluasan kuasa British dan mengekalkan kedaulatan negeri.
Semasa Pendudukan Jepun
Kedudukan Raja-raja Melayu
- Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua dalam hal ehwal agama Islam.
- Raja-raja Melayu memperoleh pendapatan seperti sebelum Perang Dunia Kedua.
- Kedudukan Raja-raja Melayu berada di bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
- Kedudukan ini diiktiraf semasa Persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah tentera Jepun di Singapura pada Januari 1943.
Selepas Perang Dunia Kedua
Cabaran Malayan Union (1946)
- Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946.
- Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah negeri.
- British memerintah Malayan Union secara langsung melalui Gabenor yang dilantik oleh kerajaan British.
- Raja-raja Melayu bersama-sama orang Melayu menentang Malayan Union.
Pemulihan melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan.
- Raja-raja Melayu menggubal Undang-Undang Tubuh bagi negeri masing-masing yang digunakan hingga kini.
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka
Kemerdekaan 1957
- Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diperoleh melalui perundingan dan persetujuan Raja-raja Melayu.
- Pemerintahan beraja diteruskan dan disesuaikan dengan konsep demokrasi.
- Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara.
- Raja-raja Melayu menjadi pemerintah tertinggi di negeri masing-masing.
- Rakyat memilih wakil melalui pilihan raya.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice