Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
3.3 - Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
- Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi beraja.
- Institusi beraja terdiri daripada Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan institusi Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan.
Institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Latar Belakang Penubuhan
- Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
- Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan sembilan orang Raja Melayu dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
- Pemilihan dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja menurut Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja.
- Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut diwujudkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan
- Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara.
- Yang di-Pertuan Agong menjadi punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara.
Kuasa Yang di-Pertuan Agong
- Kuasa Yang di-Pertuan Agong meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
- Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri kecuali dalam perkara yang membolehkan baginda menggunakan budi bicara.
Kuasa Eksekutif
- Perdana Menteri dan Jemaah Menteri:
- Melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
- Melantik menteri dan timbalan menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara dengan nasihat Perdana Menteri.
- Pelantikan jawatan penting:
- Melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara.
- Melantik ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan sejumlah ahli Majlis Angkatan Tentera.
- Ketenteraan:
- Menjadi Pemerintah Tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.
- Dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera serta perkara berkaitan dengan gerakan tentera.
- Diplomatik:
- Melantik diplomat Malaysia ke luar negara.
- Menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka menjalankan tugas di Malaysia.
Kuasa Perundangan
- Parlimen:
- Menjadi salah satu komponen Parlimen.
- Memperkenankan Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Memanggil Parlimen bersidang dan membubarkan Parlimen.
- Agama Islam:
- Menjadi Ketua Agama Islam di negeri baginda sendiri, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.
- Raja menjadi Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
- Hak dan keistimewaan:
- Menjaga serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain.
- Pengisytiharan darurat:
- Mengisytiharkan darurat apabila wujud keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara.
Kuasa Kehakiman
- Pelantikan hakim:
- Melantik hakim Mahkamah Atasan, iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
- Kuasa pengampunan:
- Seseorang yang dihukum bagi kesalahan jenayah di Wilayah Persekutuan boleh memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
- Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan.
- Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice