WeAcademia

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.4 - Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa

  • Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara.
  • Ciri demokrasi merangkumi amalan pilihan raya, jaminan kebebasan asasi serta pembahagian kuasa pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Amalan Pilihan Raya

Ciri-Ciri Pilihan Raya

  • Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh lima tahun.
  • Pilihan raya umum diadakan sejak negara mencapai kemerdekaan.
  • Rakyat memilih wakil dan membentuk kerajaan melalui pilihan raya.

Kebebasan Asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

  • Kebebasan asasi ialah hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
  • Kebebasan asasi tidak bersifat mutlak dan tertakluk pada sekatan undang-undang.

Jenis Kebebasan Asasi

  • Kebebasan diri: Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
  • Kebebasan beragama: Islam ialah agama Persekutuan; penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Hak berkenaan dengan pendidikan: Tiada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.
  • Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan: Setiap warganegara berhak bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan.

Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan

  • Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
  • Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara bagi ketiga-tiga badan tersebut.

Badan Perundangan (Legislatif)

  • Menggubal dan meminda undang-undang.
  • Menyemak dasar kerajaan.
  • Meluluskan perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai baharu.
  • Parlimen ialah badan perundangan tertinggi di Malaysia dan terdiri daripada:
    • Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada komponen Parlimen.
    • Dewan Negara atau Senat sebagai dewan tertinggi yang membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
    • Dewan Rakyat atau Perwakilan yang ahlinya dipilih oleh rakyat serta menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
  • Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang bagi negeri masing-masing.

Badan Eksekutif (Pelaksana)

  • Melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan.
  • Jemaah Menteri atau Kabinet pada peringkat Persekutuan:
    • Terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri lain.
    • Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran kerajaan.
    • Menteri mengetuai kementerian untuk melaksanakan dasar kerajaan.
    • Menggubal dasar negara dan melaksanakan pembangunan.
    • Bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
    • Menteri yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan hendaklah meletakkan jawatan.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada peringkat negeri:
    • Kuasa eksekutif terletak pada Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
    • Di negeri Semenanjung Malaysia, kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau EXCO.
    • Di Sarawak dan Sabah, kuasa dilaksanakan oleh Kabinet Negeri.
    • Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Badan Kehakiman (Yudisiari)

  • Mentafsir dan melaksanakan undang-undang.
  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
  • Diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
  • Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat dan sesama rakyat.
  • Menyelesaikan konflik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
  • Fungsi badan kehakiman bergantung pada status Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan dan Mahkamah Khas.
  • Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri terdapat pada peringkat negeri.
  • Hakim bebas daripada pengaruh politik untuk memelihara institusi keadilan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!