Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
10.5 - Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan
- Wawasan masa hadapan ialah strategi jangka panjang sebagai panduan arah dasar dalam pelbagai aspek pembangunan negara.
- Malaysia merangka usaha untuk memastikan generasi akan datang menikmati kehidupan yang lebih baik.
Komuniti ASEAN
- Komuniti ASEAN ditubuhkan pada tahun 2015 melalui Deklarasi Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.
- Komuniti ASEAN ialah langkah menyeluruh, strategik, memandang ke hadapan dan mencerminkan aspirasi ASEAN.
- Wawasan ASEAN berfokus pada:
- ekonomi — meningkatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN;
- keamanan — menjamin keselamatan rantau dan menyelesaikan konflik secara damai; dan
- sosiobudaya — meningkatkan integrasi antara negara anggota ASEAN.
Keselamatan Makanan
- United Nations’ Committee (UNC) pada tahun 1996 mentakrifkan keselamatan makanan sebagai akses setiap orang pada setiap masa kepada sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan mereka.
- Cabaran keselamatan makanan:
- kenaikan harga barangan yang keterlaluan;
- bekalan terhad akibat masalah pengeluaran;
- bencana alam; dan
- pencemaran makanan.
- Malaysia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk menubuhkan Rizab Sekuriti Makanan ASEAN bagi:
- mendapatkan maklumat tentang dasar sekuriti makanan negara anggota; dan
- membentuk Simpanan Beras Kecemasan ASEAN sebanyak 50 000 tan sebagai stok kecemasan.
Alam Sekitar (Isu Jerebu)
- Jerebu ialah pencemaran udara yang menjejaskan jarak penglihatan dan kesihatan akibat pembakaran terbuka yang tidak terkawal, terutama pembakaran hutan.
- Malaysia dan negara ASEAN melaksanakan Perjanjian ASEAN berkaitan dengan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan, perjanjian serantau pertama di dunia.
- Negara anggota disarankan mengambil langkah undang-undang, pentadbiran dan tindakan lain yang wajar berteraskan prinsip “ASEAN Tanpa Jerebu 2020”.
- Malaysia dan Singapura bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan pencegahan kebakaran di tanah gambut.
Zon Bebas Nuklear
- Malaysia menandatangani Southeast Asian Nuclear-Weapon-Free Zone (SEANWFZ) atau Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara pada tahun 1995.
- Negara yang terlibat tidak boleh mengembangkan, mengeluarkan, memperoleh, memiliki atau mengawal senjata nuklear.
- Kedudukan strategik Asia Tenggara mendedahkan rantau ini kepada persaingan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat yang memiliki senjata nuklear.
- Malaysia menegaskan Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu bebas daripada senjata nuklear.
- Malaysia tidak membenarkan kapal yang membawa senjata nuklear berlabuh atau mengadakan latihan di perairan negara.
Kerelevanan Organisasi Antarabangsa
- Malaysia memandang serius ketidakupayaan PBB dan OIC menjayakan matlamat, terutama melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun.
- Malaysia mencadangkan penggunaan kuasa veto hanya sah apabila dipersetujui oleh:
- dua negara yang memiliki kuasa veto; dan
- tiga anggota yang tidak memiliki kuasa veto.
- Negara berkuasa veto tidak sepatutnya terkecuali daripada undang-undang antarabangsa.
- Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang melibatkan kira-kira 56 buah negara Islam dan 450 perwakilan untuk merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam serta menangani pelbagai isu.
Hak Asasi Manusia, Pelarian dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
- Hak asasi manusia, pelarian dan PATI ialah isu saling berkait dan penting pada masa hadapan.
- Keamanan, kemakmuran dan pertumbuhan ekonomi pesat menarik kemasukan PATI dan pelarian.
- Kehadiran PATI dan pelarian membawa implikasi sosial, ekonomi, jenayah, politik dan hubungan diplomatik serta boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
- Malaysia membendung kemasukan PATI melalui pengukuhan mekanisme pengurusan warga asing.
- Malaysia terlibat dalam program PBB, terutama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) atau Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian, dan dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut dari tahun 1993 hingga tahun 1995.
- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan pada tahun 1999.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice