WeAcademia

Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.1 - Malaysia dalam Isu Global Kontemporari

  • Malaysia mengamalkan sikap terbuka; isu ekonomi, sosial dan politik global turut mempengaruhi negara.
  • Sikap dan pandangan Malaysia disuarakan melalui pelbagai pertubuhan antarabangsa.
  • Kebijaksanaan menangani isu secara berkesan menyebabkan Malaysia dihormati oleh negara lain.

Penyalahgunaan Dadah

  • Malaysia antara negara yang mengisytiharkan perang terhadap penyalahgunaan dadah dan menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah dadah.
  • Kesungguhan Malaysia disuarakan melalui International Drug Enforcement Conference (IDEC) atau Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983.
  • Malaysia mendapatkan kerjasama International Criminal Police Organization (INTERPOL) atau Polis Antarabangsa dan negara lain untuk menggubal strategi operasi menangani masalah dadah.
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat, terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Antidadah Antarabangsa pada tahun 1988.

Pertindihan Sempadan

  • Pulau Batu Putih dituntut oleh Malaysia dan Singapura; Pulau Sipadan dan Ligitan dituntut oleh Malaysia dan Indonesia.
  • Mahkamah Antarabangsa memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi hak milik Malaysia pada tahun 2002.
  • Mahkamah Antarabangsa memutuskan hak milik Pulau Batu Putih kepada Singapura pada tahun 2008.
  • Tuntutan Kepulauan Spratly turut melibatkan China, Vietnam, Brunei dan Filipina serta masih belum selesai.
  • Kepulauan Spratly penting dari sudut geostrategik dan perdagangan kerana terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.
  • Tuntutan Malaysia bermula pada tahun 1979 apabila sebahagian Kepulauan Spratly dimasukkan ke dalam wilayah Malaysia.
  • Wilayah tersebut merangkumi Pulau Kecil Amboyna, Terumbu Ubi, Terumbu Semarang Barat dan Layang-Layang seperti termaktub dalam Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
  • Malaysia membangkitkan isu Spratly dalam Forum ASEAN-China pada tahun 1995 sebagai usaha penyelesaian.

Kempen Antiminyak Sawit

  • Gerakan antiminyak kelapa sawit oleh negara maju menggugat ekonomi negara pengeluar minyak sawit, termasuk Malaysia dan Indonesia.
  • American Soybean Association (ASA) melancarkan kempen kerana minyak sawit menjejaskan penjualan minyak kacang soya.
  • NGO Pencinta Alam di Eropah mendakwa penanaman kelapa sawit menyebabkan pencemaran alam sekitar, kemusnahan hutan dan habitat haiwan liar.
  • Kempen tersebut membawa bantahan dan sekatan terhadap minyak sawit.
  • Malaysia menangani kempen melalui:
    • pertubuhan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO);
    • kempen secara berterusan;
    • skim pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) sejak tahun 2019; dan
    • pelaksanaan Good Agricultural Practices (GAP) atau Amalan Pertanian Baik untuk pengeluaran minyak sawit secara mampan.
  • Tindakan secara berhemah mengelakkan konflik dengan negara lain.

Pemerdagangan Orang

  • Pemerdagangan orang ialah jenayah terancang tanpa mengenal bangsa, agama, keturunan dan warna kulit serta mengancam hak asasi manusia dan keselamatan negara.
  • Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menarik warga asing; sebahagiannya dibawa masuk oleh sindiket pemerdagangan orang.
  • Kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara menjadikan negara sebagai lokasi transit ke negara lain.
  • Malaysia menguatkuasakan undang-undang dan membantu mangsa melalui:
    • Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-Kanak 1989;
    • Protokol PBB untuk mencegah, menyekat serta menghukum pesalah pemerdagangan orang;
    • Council for Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants (MAPO) atau Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang ditubuhkan pada tahun 2008;
    • Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (ATIPSOM 2007) atau Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; dan
    • Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010–2015), rundingan dengan negara luar, penguatkuasaan, pendakwaan dan perlindungan.

Penyakit Berjangkit

  • Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit dikesan di Malaysia pada tahun 1986.
  • Sehingga tahun 2014, lebih 100 000 kes dan lebih 16 000 kematian dilaporkan.
  • AIDS merebak akibat gaya hidup yang tidak sihat dan penyalahgunaan dadah.
  • Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan memberikan rawatan kepada mangsa sehingga penularan wabak berjaya dikawal.
  • WHO memperakukan Malaysia sebagai antara negara di Asia yang berjaya mengurangkan penularan wabak daripada ibu kepada anak pada tahun 2018.
  • Sejak tahun 2011, Malaysia mendukung hasrat PBB untuk mewujudkan dunia bebas AIDS pada tahun 2030 melalui National Strategic Plan for Ending AIDS (NSPEA) atau Pelan Strategik Kebangsaan Mengakhiri AIDS.
  • Malaysia menyambut Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember setiap tahun.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!