Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
10.4 - Usaha Mengekalkan Kelestarian Global
- Kelestarian global ialah usaha mengekalkan dan memelihara keaslian alam sekitar supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
- Malaysia memberikan komitmen tinggi terhadap pemeliharaan alam sekitar dan menyertai program bersama-sama pertubuhan antarabangsa.
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
- Deklarasi Langkawi diisytiharkan pada Oktober 1989 bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel.
- Deklarasi ini membuktikan komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk menangani:
- kesan rumah hijau;
- kerosakan dan penipisan ozon; dan
- pencemaran akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal.
- Inisiatif Malaysia:
- memulakan Anugerah Langkawi pada tahun 1991 untuk warganegara yang memberikan sumbangan besar dalam bidang alam sekitar;
- melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara 2002 sebagai asas pembangunan negara;
- mengisytiharkan Langkawi sebagai geopark oleh kerajaan negeri Kedah pada tahun 2006; dan
- melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009 untuk menggalakkan produk teknologi hijau bagi mengawal perubahan iklim.
Menyertai Sidang Kemuncak Bumi
- PBB menganjurkan Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 berikutan isu pencemaran alam sekitar.
- Sidang tersebut mengeluarkan deklarasi Agenda 21, iaitu dokumen umum bagi pengurusan aktiviti manusia.
- Agenda 21 menggariskan tindakan pembangunan abad ke-21 untuk menangani kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan ekosistem.
- Malaysia turut terlibat dalam Protokol Kyoto 1997 dan persidangan alam sekitar di Bali pada tahun 2007.
- Persidangan tersebut menghasilkan persetujuan sah dan persefahaman untuk:
- mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif; dan
- menggalakkan tenaga baharu seperti tenaga solar.
- Malaysia menerapkan saranan agenda tersebut dalam program pembangunan supaya alam sekitar dapat diwariskan kepada generasi akan datang.
Antartika sebagai Warisan Sejagat
- Malaysia membangkitkan ketidakadilan penerokaan Antartika yang didominasi oleh sebahagian kecil negara.
- Dalam Sidang Kemuncak NAM ketujuh di New Delhi, India pada tahun 1983, Malaysia mendesak PBB menjadikan Antartika warisan manusia sejagat.
- Malaysia mencadangkan PBB mentadbir Antartika supaya hasilnya dapat dikongsi oleh semua negara.
- Usaha penyelidikan Malaysia:
- membentuk pasukan penyelidik dalam pelbagai bidang;
- Dr. Haji Omar Abdul Rahman melawat Antartika pada tahun 1985;
- menjalankan penyelidikan secara giat sejak tahun 1999, terutama perubahan iklim dan gas rumah hijau;
- mewujudkan Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan di Universiti Malaya yang diterajui Dr. Azizan Abu Samah; dan
- menjalankan penyelidikan saintifik melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) di Kuala Lumpur.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice