Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
10.2 - Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa
- Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas selari dengan perkembangan ekonomi antarabangsa.
- Malaysia terlibat dalam perjanjian ekonomi, menyuarakan ketidakadilan dan bertindak tegas supaya kedudukan ekonomi negara tidak terjejas.
Meluaskan Pasaran Ekonomi
- Malaysia bersetuju mempermudah dan meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN sehingga membawa kepada kelahiran ASEAN Free Trade Area (AFTA) atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992.
- AFTA bertujuan:
- menjadikan ASEAN tempat produksi yang kompetitif bagi hasil keluaran negara anggota; dan
- mengurangkan tarif dan cukai barangan.
- Pelibatan penuh Malaysia dalam AFTA membawa kebaikan kepada perkembangan ekonomi negara.
Dominasi Ekonomi Negara Maju
- Ekonomi Malaysia bergantung pada pasaran domestik dan antarabangsa.
- Negara maju mengenakan sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai sehingga menjejaskan perdagangan Malaysia.
- Malaysia menuntut layanan yang saksama kepada semua negara melalui forum antarabangsa, termasuk PBB dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.
Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga
- Kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga memajukan wilayah baharu bersama-sama negara anggota ASEAN untuk memperoleh keuntungan bersama.
- Tiga kerjasama utama:
- IMT-GT: Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle;
- SIJORI-GT: Singapore–Johor–Riau Growth Triangle; dan
- BIMP-EAGA: Brunei–Indonesia–Malaysia–Philippines East ASEAN Growth Area.
- Manfaat kepada Malaysia:
- mengurangkan monopoli pasaran barangan dalam ASEAN oleh negara maju;
- mengurangkan kebergantungan pada pasaran kewangan antarabangsa;
- mewujudkan koperasi ASEAN dan bank ASEAN;
- mencadangkan penggunaan wang ASEAN; dan
- membendung campur tangan ekonomi negara maju.
Menangani Kemelesetan Ekonomi
- Kemelesetan ekonomi tahun 1997–1998 di kebanyakan negara Asia, termasuk Malaysia, bermula dengan kejatuhan nilai ringgit yang antara lain disebabkan spekulasi mata wang.
- Pelabur luar menarik pelaburan mereka sehingga menjejaskan ekonomi Malaysia.
- Malaysia enggan menerima desakan menggunakan pelan perancangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
- Malaysia menggunakan pendekatan sendiri dengan menambat kadar pertukaran ringgit kepada dolar pada kadar RM3.80 bagi USD1.
- Langkah tersebut berjaya memulihkan ekonomi negara.
Mengantarabangsakan Sistem Kewangan Islam
- Sistem kewangan Islam berlandaskan syarak dan menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional.
- Malaysia membangunkan sistem ini sejak tahun 2001 secara progresif dan komprehensif sehingga menyumbang kepada keberkesanan sektor kewangan negara.
- Malaysia berada pada kedudukan utama dalam pelbagai indeks global kewangan Islam, menjadi pasaran sukuk terbesar di dunia dan negara utama pelaburan dana Islam.
- Sukuk ialah Sijil Kewangan Islam.
- Malaysia menubuhkan International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) atau Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam untuk menyokong perkembangan kewangan Islam.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice