WeAcademia

Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia

10.3 - Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan

  • Malaysia menyuarakan isu kemanusiaan dan keamanan melalui PBB, Komanwel, OIC dan ASEAN, terutama bagi masyarakat yang tertindas.
  • Rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan untuk membantu mangsa bencana alam dan peperangan.

Isu Palestin

  • Semua Perdana Menteri Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menyuarakan perjuangan Palestin.
  • Sejak tahun 1948, kekejaman, pengusiran dan pembunuhan oleh rejim Zionis Israel menjadi asas perjuangan Malaysia untuk membela hak dan keadilan rakyat Palestin.

Peranan NGO dalam Isu Palestin

  • Aman Palestin
    • Didaftarkan secara rasmi pada tahun 2006.
    • Membantu rakyat Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan.
    • Menyalurkan bantuan kebajikan dan sumbangan orang ramai.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
    • Gabungan beberapa NGO yang menjalankan kerja kesukarelawanan untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas.
    • Mengadakan Hari Solidariti Rakyat Palestin.
  • Cinta Gaza Malaysia (CGM)
    • Diasaskan oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman dan beroperasi sejak tahun 2013.
    • Mengumpulkan dan menyalurkan sumbangan kepada penduduk Gaza, terutama kanak-kanak, ibu tunggal dan warga emas.
    • Melancarkan Projek Ramadan 2020 bertemakan “Ramadan Bulan Berkongsi Kebahagiaan” yang merangkumi bantuan perubatan, kebajikan belia, teknologi hijau, infrastruktur, pendidikan, pengajian al-Quran serta seni dan budaya.
  • Muslim Care Malaysia
    • Ditubuhkan pada tahun 2006.
    • Aktif menjalankan misi kemanusiaan, termasuk di Palestin.

Cabaran Rakyat Malaysia dalam Misi Kemanusiaan

  • Rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi, menubuhkan Tabung Palestin serta menghantar bantuan makanan dan perubatan melalui program Freedom Flotilla yang digerakkan oleh Free Gaza Movement.
  • 12 orang sukarelawan Malaysia di dalam kapal Mavi Marmara ditawan oleh Israel pada Mei 2010.
  • Dr. Fauziah Mohd Hasan menyertai program Women’s Boat to Gaza pada Ogos 2016; kapal Zaytouna-Oliva yang dinaikinya ditawan oleh Israel.
  • Dr. Mohd Afandi Salleh menaiki kapal Al-Awda pada tahun 2018; beliau ditahan di penjara Israel sebelum dibebaskan.

Isu Syria

  • Krisis politik Syria sejak tahun 2011 menyebabkan kekurangan makanan dan kemudahan perubatan.
  • Pada 1 Oktober 2015, kerajaan mengumumkan kesediaan menerima 3000 orang pelarian warganegara Syria dalam tempoh tiga tahun secara sukarela atas dasar kemanusiaan.

Peranan NGO dalam Isu Syria

  • Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
    • Gabungan enam NGO kemanusiaan.
    • Melancarkan kempen i4Syria pada tahun 2011 untuk menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria.
    • Mengendalikan pendidikan, kesihatan dan kebajikan pelarian Syria di Malaysia.
  • Cinta Syria Malaysia (CSM)
    • Ditubuhkan pada tahun 2014.
    • Membantu pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Malaysia.
    • Menubuhkan Sekolah KITA, iaitu program pendidikan percuma untuk anak-anak pelarian Syria.
  • Global Peace Mission (GPM)
    • Ditubuhkan pada tahun 2001.
    • Menjalankan aktiviti kesukarelawanan dan kemanusiaan di 30 buah negara.
    • Menyalurkan makanan, ubatan dan peralatan kepada pelarian Syria.
  • Rakyat Malaysia turut:
    • menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Program Penempatan Migran Syria yang dilancarkan pada 20 Mei 2016;
    • menyertai perhimpunan solidariti menyokong Syria; dan
    • menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Syria di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Tsunami di Aceh dan Sri Lanka

  • Tsunami tahun 2004 memusnahkan Aceh dan Sri Lanka.
  • Malaysia menyalurkan bantuan segera berupa bantuan perubatan, makanan dan keperluan harian.

Peranan NGO dalam Isu Tsunami

  • Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia)
    • Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.
    • Memberikan bantuan perubatan dan membina semula pusat kesihatan komuniti di Aceh.
    • Membangunkan sekolah dan jambatan di Sri Lanka.
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
    • Ditubuhkan pada tahun 1971.
    • Membantu mangsa tsunami di Aceh.
    • Mendirikan sekolah dan rumah perlindungan untuk lebih kurang 120 orang anak yatim mangsa tsunami di Banda Aceh.
  • Yayasan Restu
    • Ditubuhkan pada tahun 1998.
    • Memberikan pendidikan percuma kepada warga Aceh.
    • Membangunkan rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareung, Aceh.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!