WeAcademia

Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita

4.7 - Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah

Reaksi Pasif Penduduk Tempatan

  • Penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak mendapat penentangan daripada penduduk tempatan.

Sebab-sebab Kurang Penentangan di Sabah

Dasar British

British Menindas Kegiatan Berpersatuan

  • Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza dari segi bahasa, budaya, sistem kepercayaan, petempatan dan kegiatan ekonomi.
  • Perbezaan ini menyukarkan pemimpin menghimpunkan semua etnik dalam satu pertubuhan.
  • Pertubuhan yang membangkitkan kesedaran politik dan memperbaik ekonomi serta politik kaum bumiputera:
    • Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu di Sabah dipimpin oleh Tengku Noordin, Zakaria Gunn dan Abu Bakar K. Ahmad.
    • Barisan Pemuda Sabah (BARIP) dipimpin oleh Mandur Mohammad Sharif, Imam Suhaili Yaakub, Seruji Yaakub dan Zulkifli Apong Abang Abdul Hadi.
  • British khuatir pengaruh pemimpin persatuan menggugat kedudukannya di Sabah.
  • British melumpuhkan gerakan nasionalisme dengan:
    • Menawarkan jawatan dan kenaikan pangkat kepada ahli persatuan.
    • Memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain.
  • Kegiatan berpersatuan menjadi lemah kerana masalah kewangan dan kekurangan pemimpin berkebolehan.
  • Tindakan terhadap pemimpin BARIP dan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML):
    • Pengiran Muhd Yusof dihantar berkursus ke Sultan Idris Training College (SITC).
    • Jamil Umar ditawarkan bekerja dengan kerajaan.
    • H.M. Salleh pulang ke Indonesia.
    • Mandur Sharif berpindah ke Pulau Labuan.
    • Imam Suhaili Yaakub menyertai Khairat Jumaat Muslimin (KJM).
    • Tengku Noordin dipindahkan ke Jesselton pada September 1946 dan ditawarkan bekerja di Treasury Jesselton sebelum pulang ke Tanah Melayu.
    • Zakaria Gunn ditukarkan ke Jesselton.
    • Apong Kerahu ditukarkan dari Tawau ke Sandakan.

Mengehadkan Peluang dalam Pentadbiran

  • British mengehadkan penglibatan penduduk tempatan dalam pentadbiran.
  • Penduduk Sabah kurang berpengalaman dalam sistem birokrasi Barat.

Kepentingan Sosioekonomi Penduduk Tempatan

  • Penyerahan dianggap memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk:
    • Melibatkan diri dalam pentadbiran.
    • Memajukan perniagaan.
    • Meluaskan jaringan perdagangan.
    • Membangunkan Sabah selepas perang.
  • Kebanyakan penduduk tidak terlibat dalam gerakan menentang penyerahan.
  • Penduduk tidak memahami tujuan penyerahan akibat dasar British yang menindas kesedaran nasionalisme anak watan.
  • Gelombang kebangkitan nasionalisme muncul apabila British memperkenalkan langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sabah.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!