Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita
4.1 - British Military Administration
Latar Belakang British Military Administration (BMA)
- British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British bermula di Tanah Melayu pada 12 September 1945 setelah tentera Jepun menyerah kalah.
- BMA diletakkan di bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara (1943–1946).
- Perancangan hal ehwal awam di Tanah Melayu dilaksanakan oleh Brigedier Jeneral H.C. Willan, Timbalan Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam.
- Tugas BMA: mengembalikan kestabilan dan keamanan serta memulihkan kepercayaan rakyat.
Tugas Utama BMA
1. Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan
- Membubarkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) pada 1 Disember 1945.
- Mengarahkan senjata yang diberikan kepada MPAJA semasa pendudukan Jepun dikembalikan.
- Gagal mengumpulkan semula senjata tersebut.
- Gagal membanteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum.
2. Memulihkan Kepercayaan Rakyat
- Menangani kesukaran hidup selepas pemerintahan Jepun:
- Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar diperoleh serta berharga tinggi.
- Wabak penyakit, terutama beri-beri, semakin merebak akibat kekurangan zat makanan.
- Kebuluran berlaku di kebanyakan tempat.
- Rakyat kekurangan wang untuk membeli makanan.
- Kegiatan menyorok barang, amalan rasuah, peras ugut dan pasar gelap semakin tidak terkawal.
- Mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu untuk mengembalikan kepercayaan rakyat supaya menyokong kepulangan British.
- Memulihkan ladang getah, lombong bijih timah, prasarana dan kemudahan kesihatan yang dimusnahkan oleh tentera Jepun.
- Menghadapi kesukaran membawa masuk jentera, alat ganti, mesin dan teknologi; pemulihan sosioekonomi terbantut.
Kegagalan BMA
- Gagal membanteras masalah keselamatan dan sosioekonomi yang berakar umbi.
- Rakyat hampa dengan ketidakupayaan BMA menangani masalah yang dihadapi.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice4.1 - British Military Administration (BMA)4.2 - Gagasan Malayan Union4.3 - Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union4.4 - Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British4.5 - Penentangan Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak4.6 - Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British4.7 - Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah