WeAcademia

Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia

9.4 - Asimilasi

  • Semasa asimilasi, nutrien digunakan oleh sel untuk membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.

Peranan Sistem Peredaran

  • Sistem peredaran darah dan sistem limfa mengangkut nutrien untuk diasimilasikan.
  • Kapilari darah dalam usus kecil bergabung membentuk vena portal hepar yang mengangkut darah ke hati.
  • Lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar.
  • Limfa memasuki duktus toraks yang mengalir ke vena subklavia kiri.
  • Lipid kemudiannya diangkut oleh darah ke seluruh badan.

Fungsi Hati dalam Asimilasi Makanan Tercerna

  • Hati mengawal atur kuantiti nutrien yang memasuki sistem peredaran darah.

Metabolisme Makanan Tercerna

  • Glukosa digunakan untuk respirasi sel.
  • Asid amino digunakan untuk mensintesis protein plasma dan enzim.
  • Pendeaminaan menukarkan asid amino berlebihan kepada urea untuk disingkirkan melalui air kencing.

Penyahtoksinan

  • Sel hati menyingkirkan bahan toksik daripada darah.
  • Bahan toksik disingkirkan melalui air kencing.

Penyimpanan Nutrien

  • Glukosa berlebihan ditukarkan kepada glikogen untuk disimpan.

Proses Asimilasi dalam Hati

Asid Amino

  • Mensintesis protein plasma dan enzim.
  • Asid amino berlebihan menjalani pendeaminaan untuk membentuk urea yang disingkirkan.
  • Apabila bekalan glukosa tidak mencukupi, asid amino ditukarkan kepada glukosa.

Glukosa

  • Digunakan untuk respirasi sel apabila diperlukan.
  • Glukosa berlebihan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.
  • Glikogen ditukarkan kepada glukosa apabila aras glukosa darah menurun dan tenaga diperlukan.
  • Glukosa berlebihan ditukarkan kepada lemak apabila simpanan glikogen mencapai aras maksimum.

Proses Asimilasi dalam Sel

Asid Amino

  • Mensintesis protoplasma baharu dan membaiki tisu rosak.
  • Mensintesis hormon dan enzim.

Glukosa

  • Dioksidakan melalui respirasi sel untuk membebaskan tenaga, air dan karbon dioksida.
  • Glukosa berlebihan disimpan sebagai glikogen di dalam otot.
  • Tenaga digunakan untuk proses sel seperti sintesis protein.

Lipid

  • Fosfolipid dan kolesterol membina membran plasma.
  • Lemak berlebihan disimpan sebagai tenaga dalam tisu adipos di bawah kulit.
  • Lemak dioksidakan untuk membebaskan tenaga apabila glukosa tidak mencukupi.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!