Membina Kemakmuran Negara
8.4 - Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
- Strategi asas DEB diteruskan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum.
- DPN turut dilaksanakan melalui pemilikan modal saham dan pembangunan wilayah.
Pembasmian Kemiskinan
- Kerajaan meneruskan usaha menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum, khasnya golongan bumiputera.
- Subsidi dan sokongan diteruskan kepada penanam padi dan nelayan untuk mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.
- Golongan belia diberikan latihan di Pusat Latihan Kemahiran Giatmara dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) supaya memperoleh pekerjaan berkaitan dengan kemahiran dan berpendapatan tinggi.
Penyusunan Semula Masyarakat
- Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dibentuk selaras dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153).
- Tenaga kerja dan penyertaan bumiputera ditingkatkan dalam pengurusan sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.
- Agensi kerajaan memberikan latihan pengurusan harta dan etika perniagaan.
- Kontrak, kuota dan lesen diberikan kepada perniagaan milik bumiputera serta syarikat usaha sama dengan bukan bumiputera.
- Perhatian khusus diberikan kepada penyertaan bumiputera dalam IKS.
- Usaha sama aktif antara bumiputera dengan bukan bumiputera digalakkan untuk meningkatkan prospek perniagaan syarikat bumiputera.
- Bumiputera didedahkan kepada teknologi terbaharu, kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
- Corak tenaga kerja dalam pelbagai sektor dan pekerjaan ekonomi disusun supaya mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara.
Penyusunan Semula Modal Saham
- Penyusunan semula modal saham sektor korporat diteruskan supaya bahagian saham kaum bumiputera meningkat selaras dengan matlamat asal DEB.
- Sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus meliputi pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.
- Program penswastaan memperuntukkan sejumlah saham projek yang diswastakan kepada bumiputera.
- Penswastaan melibatkan syarikat perniagaan milik agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera:
- Majlis Amanah Rakyat (MARA).
- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
- Kaum bukan bumiputera turut diberikan peluang menyertai projek penswastaan.
Pembangunan Wilayah
- Rancangan pembangunan wilayah diteruskan untuk meningkatkan integrasi ekonomi yang saling melengkapi antara negeri.
- Ketidakseimbangan pembangunan wilayah diperbaik untuk memudahkan pencapaian kesamarataan pendapatan antara kaum.
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dipertingkatkan.
- Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian.
- Penyebaran industri terpilih digalakkan dengan mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri kurang maju.
- Kemudahan fizikal, pendidikan, kesihatan dan perumahan disediakan untuk membentuk pusat pertumbuhan baharu ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan wilayah.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice