Membina Kemakmuran Negara
8.3 - Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Latar Belakang Pembentukan DPN
- Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dan DEB berakhir pada tahun 1990.
- Ekonomi Malaysia berkembang pesat sepanjang pelaksanaan DEB (1970–1990), tetapi kejayaan menyeluruh memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menampakkan hasil berkesan.
- Usaha DEB diteruskan melalui DPN.
- DPN dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat, pada 17 Jun 1991.
- DPN merupakan kesinambungan DEB yang dirangka selama 10 tahun (1991–2000) melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).
- DPN menjadi usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020.
- DPN dilaksanakan melalui:
- Rancangan Malaysia Keenam (1991–1995).
- Rancangan Malaysia Ketujuh (1996–2000).
Matlamat dan Objektif DPN
Matlamat DPN
- Mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan.
- Mewujudkan pembangunan seimbang antara negeri serta antara bandar dengan luar bandar.
Objektif DPN
- Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
- Memperkukuh kestabilan sosial dan politik.
- Mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
- Membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam aspek:
- Keadilan sosial.
- Nilai, etika dan moral.
- Kestabilan politik.
- Kualiti hidup.
- Kecekapan pentadbiran kerajaan.
- Kecemerlangan ekonomi.
Strategi Pelaksanaan DPN
- Strategi DPN merangkumi bidang ekonomi, sosial serta pembangunan kemudahan fizikal untuk meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Bidang Ekonomi
- Pelibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara.
- Pelaksanaan program penanaman semula.
- Penggunaan sains dan teknologi.
- Peningkatan pemilikan saham bumiputera.
Bidang Sosial
- Pemberian insentif serta kemudahan pendidikan untuk kemajuan masyarakat miskin tanpa mengira kaum.
- Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
- Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif.
Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar
- Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas.
- Melaksanakan pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar.
- Memberikan tumpuan terhadap penggunaan teknologi hijau.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice