WeAcademia

Membina Kemakmuran Negara

8.2 - Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

  • DEB menggunakan beberapa pendekatan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi yang seimbang.
  • Langkah pelaksanaannya berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

Penduduk Luar Bandar

  • Tumpuan diberikan kepada petani, pekebun getah dan kelapa, nelayan, buruh serta penduduk kampung baharu yang miskin.
  • Pembangunan dilakukan menerusi kegiatan Gerakan Koperasi yang sedia ada di luar bandar.
  • Program merangkumi:
    • Penerokaan tanah baharu.
    • Bantuan peralatan pertanian.
    • Khidmat nasihat.
    • Subsidi benih dan baja.
    • Kemudahan kredit.
    • Pemasaran.
    • Pusat kemajuan peladang.

Penduduk Bandar

  • Kemiskinan berpunca daripada pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
  • Kerajaan memajukan pelbagai jenis perindustrian dan perniagaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum.
  • Kemudahan yang disediakan termasuklah pendidikan, bekalan air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah.

Rancangan Buku Hijau

  • Dilancarkan pada peringkat kebangsaan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.
  • Matlamatnya adalah untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara.
  • Memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah sepenuhnya melalui:
    • Tanaman jangka pendek.
    • Perkebunan berkelompok.
    • Penternakan.
    • Pemasaran yang baik.
    • Projek kecil yang lain.

Peranan Agensi Kerajaan

  • Agensi kerajaan mempelbagaikan kegiatan ekonomi untuk menambahkan pendapatan rakyat dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.
  • Bantuan meliputi peralatan, biji benih, kemudahan pinjaman dan khidmat nasihat.
  • Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN): Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk mengawal selia sektor padi dan beras serta menstabilkan harga padi; dikenali sebagai Beras Nasional (BERNAS) pada tahun 1994.
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu pekebun kecil, petani dan peladang yang terlibat dalam kegiatan koperasi.
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): Ditubuhkan pada tahun 1971 untuk meningkatkan taraf hidup nelayan dan memodenkan industri perikanan.
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA): Ditubuhkan pada tahun 1973 untuk membantu dalam penyelidikan dan penanaman semula getah.

FELDA dan Pembangunan Tanah

  • Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dilakukan secara teratur di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
  • Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke kawasan FELDA yang baru dibangunkan.
  • Peneroka diberikan:
    • Tanah seluas 10 ekar untuk tanaman kelapa sawit dan getah.
    • Rumah kediaman.
    • Kemudahan klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA.
  • FELDA bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membuka tanah baharu:
    • Sabah: Kerjasama dengan Yayasan Sabah membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat (Lahad Datu) dan Felda Umas (Tawau).
    • Sarawak: Kerjasama melalui Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) untuk membuka ladang kelapa sawit.
  • Skim peneroka turut menerima kaum Cina dan India, antaranya di Felda Lurah Bilut (Pahang), Felda Keratong (Pahang) dan Felda Sendayan (Negeri Sembilan).

Pembangunan Wilayah

  • Pembukaan tanah untuk industri getah dan kelapa sawit dilaksanakan melalui:
    • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
    • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
    • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).
    • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
  • Urban Development Authority (UDA) atau Perbadanan Pembangunan Bandar:
    • Ditubuhkan pada tahun 1971.
    • Berperanan dalam pembangunan industri dan bandar baharu.
    • Membuka bandar baharu dan kawasan perindustrian di Bandar Tun Hussein Onn (Cheras) dan Bandar Baru Uda (Skudai).

Pemilikan Modal Saham

  • Kaum bumiputera ketinggalan dalam pemilikan saham syarikat perdagangan sehingga mewujudkan perbezaan taraf hidup dan jumlah pendapatan dengan bukan bumiputera.
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat dan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
  • Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad.
  • Amanah Saham Malaysia diperkenalkan untuk memberikan peluang pemilikan modal saham kepada kaum bukan bumiputera.

Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

  • IKS ialah industri pembuatan barangan yang menggunakan modal kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai.
  • Rakyat diberikan peluang mengusahakan industri desa serta IKS untuk memperbaik taraf hidup, menambah daya pengeluaran dan meningkatkan pendapatan.
  • Industri meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa.
  • Contoh IKS yang berjaya: Best Farm Co., Nurul Food Industry Enterprise, Ramly Food Processing Sendirian Berhad dan Faiza Marketing Sendirian Berhad.
  • Pinjaman, insentif dan nasihat disalurkan melalui:
    • Bank Bumiputra (1965).
    • Perbadanan Nasional Berhad (1969).
    • Bank Pertanian Malaysia (1969), kini dikenali sebagai Agrobank.
    • Skim Pinjaman Khas Pertanian (1970).
    • Amanah Ikhtiar Malaysia (1987).
  • Hasilnya, muncul ramai usahawan muda yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Pendidikan Tenaga Kerja Mahir

  • Kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir untuk menampung keperluan bidang pertanian dan perindustrian.
  • Asas latihan diberikan sejak di bangku sekolah melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada jurusan akademik dan vokasional.
  • Institusi yang ditubuhkan termasuklah sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti (Institut) Teknologi Mara.
  • Kursus pelbagai bidang kemahiran menampung permintaan tenaga kerja mahir.
  • Kemahiran meningkatkan taraf hidup dan pendapatan pekerja.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!