WeAcademia

Membina Kemakmuran Negara

8.1 - Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Latar Belakang Pembentukan

  • Tempoh: DEB dilaksanakan selama 20 tahun, dari tahun 1970 hingga tahun 1990, sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara.
  • Rangka pelaksanaan: DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia:
    • Rancangan Malaysia Kedua (1971–1975).
    • Rancangan Malaysia Ketiga (1976–1980).
    • Rancangan Malaysia Keempat (1981–1985).
    • Rancangan Malaysia Kelima (1986–1990).
  • Tujuan: Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama.
  • Majlis Perundingan Negara (MAPEN):
    • Ditubuhkan pada bulan Januari 1970.
    • Dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
    • Mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat.
    • Menghasilkan satu dasar ekonomi negara yang dikenali sebagai DEB.
  • Pakar ekonomi: Dr. Rais Saniman (Malaysia), Dr. Just Faaland (Norway) dan Dr. Jack R. Parkinson (Britain) diamanahkan untuk merancang dan merangka DEB.

Matlamat dan Strategi DEB

Matlamat Utama

  • Mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum melalui strategi bersifat serampang dua mata.

Strategi Serampang Dua Mata

  1. Membasmi kemiskinan: Menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum.
  2. Menyusun semula masyarakat: Mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Isu Sosioekonomi Sebelum DEB

  • Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera.
  • Jurang sosioekonomi antara pantai timur dengan pantai barat.
  • Jurang sosioekonomi antara masyarakat desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!