WeAcademia

Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.4 - Isu Pembangunan dan Ekonomi

  • Kerajaan membentuk rancangan pembangunan lima tahun supaya pembangunan dan ekonomi nasional dilaksanakan di semua negeri.
  • Selepas pembentukan Malaysia, Sarawak dan Sabah dilibatkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia.

Rancangan Malaysia Pertama (1966–1970)

  • Diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan dan ekonomi negara.
  • Isu utama: kedudukan sosioekonomi penduduk berpendapatan rendah dan taraf pendidikan yang masih rendah.
  • Usaha kerajaan bertujuan meningkatkan taraf hidup ekonomi rakyat.
  • Cabaran lain:
    • bantuan kewangan institusi kewangan kepada pengusaha bumiputera tidak mencukupi; dan
    • kemudahan pengangkutan serta perhubungan di luar bandar perlu ditambah baik.

Isu Pembangunan Ekonomi

Kebergantungan pada Komoditi dan Kemunduran Pertanian

  • Isu:
    • terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah;
    • kejatuhan harga bahan mentah;
    • penduduk dalam pertanian ketinggalan dari segi penggunaan teknologi dan peralatan;
    • petani berpendapatan rendah; dan
    • pertanian komersial lain kurang diusahakan.
  • Usaha mengatasi:
    • mempelbagaikan kegiatan ekonomi pertanian dan industri pemprosesan;
    • mencari pasaran baharu bagi getah dan bijih timah;
    • mempelbagaikan pertanian, terutama kelapa sawit dan koko; dan
    • mempelbagaikan pengeluaran komoditi negara.

Taraf Hidup yang Berbeza

  • Usaha mengatasi:
    • melancarkan program pembangunan negara berasaskan satu rancangan bersepadu;
    • menggerakkan aktiviti perkilangan dan pembuatan dengan membuka kawasan baharu;
    • mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia; dan
    • mendapatkan bantuan Bank Dunia.

Peluang Pekerjaan yang Terhad

  • Isu: peluang pekerjaan terhad dan kadar pengangguran meningkat.
  • Usaha mengatasi:
    • menubuhkan pusat latihan vokasional dan teknikal; dan
    • meluaskan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Masalah Kesihatan dan Sosial

  • Isu:
    • keperluan asas dan hak wanita dari segi kehamilan untuk memperoleh kesihatan terbaik masih terhad;
    • kemudahan perkhidmatan kesihatan profesional kepada ibu mengandung tidak mencukupi; dan
    • kadar kelahiran tidak normal dan kematian tinggi.
  • Usaha mengatasi:
    • mengurangkan kadar kelahiran;
    • memperkenalkan program Perancang Keluarga; dan
    • menambah baik perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!