WeAcademia

Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.2 - Pemisahan Singapura

  • Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
  • Hubungan antara pemimpin Persekutuan dengan Singapura terjejas oleh faktor politik, ekonomi dan sosial yang telah wujud sebelum Singapura menyertai Malaysia.

Faktor Pemisahan Singapura

Politik

  • Lee Kuan Yew tidak berpuas hati dengan peranan kerajaan Singapura yang terhad.
  • Berlaku konflik antara pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Perikatan.
  • Lee Kuan Yew menjalankan kempen Malaysian Malaysia yang menuntut hak sama rata untuk semua kaum; tuntutan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

Ekonomi

  • Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama (common market) disegerakan.
  • Singapura tidak berpuas hati dengan cadangan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan.
  • Singapura mahu mengenakan kadar faedah terhadap sebahagian daripada pinjaman RM150 juta kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak dan Sabah.
  • Pasaran bersama: beberapa negara menghapuskan cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain.

Masalah Perkauman

  • 21 Julai 1964: rusuhan kaum di Singapura menimbulkan ketegangan antara kaum.
  • Rusuhan berlaku ekoran usaha menuntut persamaan hak yang sama rata bagi semua kaum sehingga menjadi isu antara kaum.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

  • 29 Jun 1965: rundingan Tun Abdul Razak Hussein dengan Lee Kuan Yew gagal.
  • 1 Julai 1965: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengarahkan Tun Abdul Razak Hussein bermesyuarat dengan Dr. Ismail Abdul Rahman, Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan untuk membincangkan pemisahan.
  • Awal Ogos 1965: Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan.
  • 7 Ogos 1965: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Lee Kuan Yew menandatangani persetujuan untuk Singapura keluar daripada Malaysia.
  • 9 Ogos 1965: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membawa usul pemisahan ke Parlimen Malaysia; Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan Singapura.
  • Pemisahan dilaksanakan untuk menjaga kepentingan kedua-dua negara dan kemakmuran rakyat melalui saluran rundingan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!