WeAcademia

Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia

6.3 - Menangani Ancaman Komunis

  • Kegiatan komunis mengancam keselamatan negara sejak sebelum merdeka.
  • Bentuk kegiatan: serangan bersenjata terhadap pasukan keselamatan, menyerap masuk ideologi komunis dan sabotaj kemudahan awam.

Ancaman Keselamatan di Sarawak

  • Gerakan komunis di Sarawak bermula sejak pendudukan Jepun melalui Clandestine Communist Organization (CCO).
  • Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga menjadi sasaran utama komunis.
  • Komunis melakukan serangan dan kegiatan subversif terhadap orang awam.

Bentuk Ancaman

Gerakan Politik

  • Komunis terlibat dalam politik dan menentang gagasan Malaysia.
  • Kerajaan Sarawak memburu dan menangkap ahli yang terlibat.
  • Mereka melarikan diri ke Kalimantan lalu membentuk Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
  • PKKU meneruskan penentangan melalui:
    • Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU); dan
    • Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS).
  • Matlamat: membentuk republik komunis di Sarawak.

Serangan Bersenjata

  • 5 Ogos 1952: komunis menyerang Batu Kitang, Kuching; peristiwa ini menandakan permulaan serangan komunis terhadap orang awam.

Usaha Mengatasi

Perang Saraf

  • Mengadakan perhimpunan awam untuk memberikan kesedaran tentang bahaya ancaman komunis.
  • Menyebarkan risalah tentang bahaya ancaman komunis dan menanamkan kebencian terhadap komunis.
  • Mengisytiharkan kawasan putih yang bebas daripada ancaman komunis.
  • Menawarkan program pengampunan kepada anggota komunis.
  • Membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan perhubungan yang lebih baik kepada penduduk.

Operasi Ketenteraan

  • Operasi Hammer 1965 di Bahagian Pertama.
  • Operasi oleh Rajang Area Security Command (RASCOM) di Bahagian Ketiga.
  • Operasi Sri Aman di Bahagian Kedua.
  • Operasi tersebut berjaya melemahkan gerakan komunis di Sarawak.

Operasi Hammer Sarawak

  • Ancaman komunis yang membunuh orang awam membangkitkan penentangan penduduk tempatan.
  • Kerajaan menggunakan kaedah Rancangan Briggs yang berbentuk usaha memenangi hati rakyat.
  • Julai 1965: petempatan baharu didirikan untuk kira-kira 7,500 orang.
  • Dalam tiga hari, 1,200 keluarga, kebanyakannya berketurunan Hakka, dipindahkan ke tiga petempatan baharu di sepanjang Jalan Kuching–Serian.
  • Petempatan dikawal sepanjang masa dan dikenakan perintah berkurung 24 jam sehari untuk melindungi penduduk.
  • Gerakan komunis mulai goyah; pembanterasan berterusan membawa kepada penangkapan komunis.
  • Operasi Hammer tamat pada tahun 1970 dan diikuti Operasi Jala Raja di Nonok (Asajaya), Bahagian Pertama.
  • 30 Jun 1965: Rancangan Penempatan Goodsir dilaksanakan, mengambil nama David Goodsir, Pemangku Komisioner Polis Sarawak.
  • Menjelang akhir tahun 1965, petempatan semula dibuka di Siburan, Beratok dan Tapah.
  • Melalui Operasi Harapan, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menawarkan pengampunan; 41 orang menyerah diri.

Langkah Membanteras Ancaman Komunis

  • 6 Julai 1965: Operasi Hammer dilancarkan; tiga kampung baru dibuka di Bahagian Pertama.
  • 22 Julai 1965: Operasi Letter Box dilancarkan untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan komunis.
  • 8 Ogos 1969: operasi besar-besaran merampas senjata di Bahagian Ketiga.
  • 24 Februari 1970: Operasi Jala Raja dilancarkan di Nonok (Asajaya), Bahagian Pertama.
  • 8 Ogos 1971: Operasi Ngayau dilancarkan di Bahagian Ketiga.
  • 26 Mac 1972: RASCOM dibentuk di Bahagian Ketiga untuk mempercepat pembanterasan; kawasan tumpuan ialah Sibu, Mukah, Kanowit, Sarikei, Binatang (Bintangor) dan Julau.
  • 13 Oktober 1973: Bong Kee Chok menulis kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub, untuk berunding; beberapa hari kemudian, kira-kira 500 anggota komunis keluar dari hutan dan menyerah diri.
  • 21 Oktober 1973:
    • Operasi Sri Aman dilancarkan di Sri Aman dengan penglibatan tentera dan polis; dan
    • Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub menandatangani memorandum persefahaman di Rumah Sri Aman, lalu anggota komunis CCO menyerah diri.
  • 4 Julai 1974: Operasi Sri Aman ditamatkan; anggota komunis menyerah diri.
  • 5 Mac 1980: sekatan keselamatan Operasi Hammer di Kuching–Serian dibatalkan.
  • 17 Oktober 1990: perjanjian damai antara pihak komunis dengan kerajaan Sarawak menamatkan ancaman komunis.

Ancaman Keselamatan di Semenanjung Malaysia

  • Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang anggota keselamatan dan orang awam serta memusnahkan kemudahan awam.

Pembunuhan Anggota Keselamatan dan Orang Awam

  • 17 Jun 1968: serang hendap PKM terhadap pasukan keselamatan di Kroh, Perak mengorbankan 16 anggota keselamatan.
  • 7 Jun 1974: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim, ditembak mati di Kuala Lumpur.
  • 13 November 1975: Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, dan pemandunya ditembak mati di Ipoh.
  • Julai 1969: seorang wanita diseksa hingga mati di Sintok, Kedah.
  • Periuk api dipasang di sepanjang Jalan Changlun, Kedah.
  • Jalan raya dan jambatan kereta api diletupkan.

Pengeboman Tugu Negara

  • 26 Ogos 1975: PKM meletupkan Tugu Negara di Kuala Lumpur.
  • Rakyat menuntut tindakan tegas, termasuk penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  • Pihak keselamatan memperkuat perkhidmatan perisikan untuk mengawasi kegiatan komunis.

Usaha Mengatasi

Strategi Counterinsurgency (COIN)

  • Menggabungkan usaha keselamatan dan pembangunan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat agar menyokong agenda serta dasar kerajaan memerangi komunis.
  • Melibatkan kerjasama pasukan keselamatan, ahli politik dan agensi kerajaan.

Perjanjian Kerjasama Sempadan

  • Komunis membina khemah di luar sempadan negara.
  • 1976: Malaysia dan Thailand mencapai persefahaman melalui Perjanjian Kerjasama Sempadan Memerangi Komunis di Thailand.
  • Langkah utama: membina pagar sempadan dan menjalankan operasi bersama.
  • 2 Disember 1989: Perjanjian Hat Yai diadakan antara PKM, Malaysia dan Thailand.
  • PKM bersetuju membubarkan unit bersenjata serta memusnahkan senjata api, bahan letupan dan jerangkap samar.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!