WeAcademia

Pembentukan Malaysia

5.2 - Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia dikemukakan sejak akhir abad ke-19 oleh pegawai British dan penduduk tempatan.

Idea Pegawai British

Lord Brassey (1887)

  • Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
  • Mencadangkan di Dewan Parlimen Britain supaya Sarawak, Sabah, negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat (NNS) digabungkan menjadi tanah jajahan yang besar.
  • Cadangan berasaskan potensi ekonomi penggabungan wilayah.

Sir Malcolm MacDonald (1951)

  • Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara.
  • Mencadangkan tanah jajahan British di Asia Tenggara digabungkan sebagai satu entiti politik dan ekonomi yang sesuai dengan rancangan dekolonisasi.
  • Berbincang dengan Dato’ Onn Jaafar dan ahli Majlis Perundangan Persekutuan tentang usaha menggabungkan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah Borneo.
  • Dekolonisasi: proses ke arah berkerajaan sendiri.

Sir Gerald Templer (1952)

  • Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
  • Meminta penggabungan wilayah disegerakan bagi tujuan keselamatan.

Sir Geofroy Tory (1960)

  • Pada Januari 1960, mesyuarat pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan pertahanan dan keselamatan.
  • Sir Geofroy Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu, mencadangkan penyatuan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi.
  • Cadangan mendapat sokongan Pejabat Kolonial.

Idea Penduduk Tempatan

Majalah Al-Imam (1906)

  • Menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam pendidikan dan pembangunan ekonomi di Alam Melayu.

Nasionalis Tanah Melayu (1938)

  • Ibrahim Haji Yaakob, Harun Aminurrashid, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Dr. Burhanuddin al-Helmi memperjuangkan konsep Melayu Raya sejak sebelum Perang Dunia Kedua.
  • Idea mereka adalah untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.
  • Idea ini tidak berhasil apabila Presiden Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 tanpa melibatkan Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (1955)

  • Dalam ucapan Persidangan Agung UMNO pada Oktober 1955, beliau mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu.

Datu Mustapha Datu Harun (1958)

  • Dalam pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala Lumpur, beliau menyatakan minat membawa Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (1960)

  • Pada 10 Jun 1960, beliau memaklumi Lord Perth tentang minat untuk bergabung dengan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura.

Rasional Idea Pembentukan Malaysia

Rancangan pembentukan Malaysia bergerak apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memberikan komitmen terhadap penggabungan wilayah terlibat dan mendapat sokongan kerajaan British.

Keselamatan

  • Singapura: ancaman komunis menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Penyatuan memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang keselamatan dan pertahanan untuk membendung ancaman tersebut.
  • Sarawak: Sarawak menghadapi ancaman komunis melalui gerakan Clandestine Communist Organization (CCO). British berharap penyertaan Sarawak dapat membendung ancaman itu.

Keseimbangan Komposisi Penduduk

  • Penyertaan Singapura sahaja mewujudkan ketidakseimbangan komposisi orang Melayu dengan orang Cina.
  • Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei menyeimbangkan komposisi antara kaum.

Mempercepat Kemerdekaan

  • Pembentukan Malaysia merealisasikan rancangan dekolonisasi British dan mempercepat kemerdekaan wilayah Borneo, terutama Sarawak dan Sabah.
  • British perlu memastikan pembentukan Malaysia mendapat sokongan penduduk wilayah tersebut.

Pembangunan Wilayah

  • Penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei mempercepat pembangunan pelbagai bidang.
  • Pembentukan Malaysia meningkatkan taraf hidup peribumi melalui pembangunan infrastruktur, sosial dan ekonomi yang lebih seimbang.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!