WeAcademia

Sistem Persekutuan

4.4 - Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan

  • Kekukuhan sistem Persekutuan berkait rapat dengan:
    • konsep keluhuran Perlembagaan Persekutuan;
    • penyelarasan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Keluhuran Perlembagaan Mengukuhkan Persekutuan

  • Sejak merdeka, Perlembagaan Persekutuan diangkat sebagai undang-undang tertinggi.
  • Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan prinsip Persekutuan dan pentadbiran negara.
  • Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
  • Parlimen dan DUN tidak boleh menggubal undang-undang yang bercanggah antara satu sama lain.
  • Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan: jika undang-undang Negeri tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan hendaklah mengatasi undang-undang Negeri.
  • Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan utama apabila berlaku ketidakselarasan antara undang-undang Persekutuan dengan undang-undang Negeri.
  • Prinsip keluhuran Perlembagaan mengukuhkan sistem Persekutuan.

Penyelarasan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

  • Dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
  • Dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.
  • Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan.

Majlis yang Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
  • Majlis Kewangan Negara: mentadbir hal ehwal kewangan seperti pemberian wang, bayaran cukai dan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
  • Majlis Tanah Negara: membentuk dasar serta mengawal penggunaan tanah untuk pertanian, perlombongan, perhutanan dan sebagainya.
  • Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan: menjadi badan perundingan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Kerajaan Tempatan.

Majlis yang Ditubuhkan oleh Kerajaan

  • Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri turut diselaraskan melalui majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan.
  • Contoh:
    • Majlis Keselamatan Negara;
    • Majlis Air Negara;
    • Majlis Perumahan Negara.

Kepentingan Pengukuhan Sistem Persekutuan

  • Penyelarasan dan hubungan berkesan memastikan sistem Persekutuan beroperasi dengan baik.
  • Pembahagian kuasa pemerintahan mewujudkan kerjasama untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.
  • Pembahagian kuasa menjamin kekuatan, kekuasaan dan kestabilan negara.
  • Prinsip Persekutuan menyumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri serta kesejahteraan negara.
  • Musyawarah penting dalam membuat keputusan demi kemajuan negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!