WeAcademia

Sistem Persekutuan

4.3 - Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

  • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri memastikan usaha pembangunan memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat.
  • Kerjasama meliputi:
    • pembangunan sosioekonomi;
    • pemuliharaan khazanah negara;
    • penyediaan perumahan rakyat;
    • menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi

  • Kerajaan Persekutuan menubuhkan agensi yang memberikan bantuan kewangan dan kepakaran kepada Kerajaan Negeri.
  • Kerajaan Negeri menyediakan tanah untuk pembangunan kerana tanah berada di bawah bidang kuasanya.

Pembangunan Tanah

  • Pada awal kemerdekaan, kerjasama tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ.
  • Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan:
    • ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1956;
    • mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah baharu.
  • Segitiga Jengka:
    • ilham Tun Abdul Razak Hussein;
    • Rancangan Pembangunan Wilayah pertama yang diusahakan oleh FELDA pada tahun 1966;
    • merangkumi Temerloh, Jerantut dan Maran di Pahang.
  • Pembangunan In-Situ menekankan pembangunan fizikal desa melalui kemudahan asas, rumah rakyat dan pusat pertumbuhan ekonomi desa.
  • Kejayaan FELDA mendorong penubuhan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) atau Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan pada tahun 1966.
  • FELCRA menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar di seluruh negara.

Pembangunan Wilayah

  • Pada tahun 1970, kerjasama sosioekonomi diperluas kepada pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan kawasan.
  • Kerajaan Persekutuan membuka kawasan lebih luas di beberapa buah negeri untuk membangunkan wilayah baharu.
  • Agensi pembangunan di Sarawak:
    • Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS);
    • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA).
  • Agensi pembangunan di Sabah: Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB).

Pembangunan Koridor Wilayah

  • Dilaksanakan pada tahun 2005 berlandaskan projek pembangunan.
  • Perancangan strategik jangka panjang yang menumpukan pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat.
  • Matlamatnya mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah.
  • Contoh: Wilayah Pembangunan Iskandar, dikenali sebagai Iskandar Malaysia (Rancangan Pembangunan Iskandar).

Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara

  • Kerajaan pada setiap peringkat bekerjasama mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan seperti taman negara dan taman laut.
  • Tujuannya mengekalkan warisan biodiversiti untuk kepentingan generasi kini dan akan datang.

Pengurusan Taman Negara

  • Pengurusan hidupan liar dan taman negara ialah tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
  • Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] diwujudkan pada tahun 1972.
  • Antara tahun 1972 hingga 1978, Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia.
  • Jabatan Mergastua dinamakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.
  • Pada tahun 2010, Akta 76 digantikan dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
  • Taman Negara di Sarawak diurus oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.
  • Taman Negara di Sabah diurus oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Pengurusan Taman Laut

  • Pada tahun 1994, sebanyak 42 buah pulau di perairan Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Labuan diwartakan sebagai taman laut.
  • Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut; Kerajaan Negeri berkuasa terhadap pembangunan pulau.
  • Jabatan Taman Laut Malaysia ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai agensi Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab terhadap dasar pengurusan taman laut.
  • Pentadbiran diselaraskan melalui Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Pada tahun 2018, pengurusan taman laut dipindahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Kawasan perlindungan marin di perairan Sabah diurus oleh Kerajaan Negeri melalui Taman-Taman Sabah.
  • Contoh taman laut di bawah Taman-Taman Sabah:
    • Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu;
    • Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu;
    • Taman Pulau-Pulau Penyu, Sandakan.

Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat

  • Perumahan berada di bawah kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Kerjasama dilaksanakan supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Perumahan Awal Kemerdekaan

  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama menyediakan perumahan kos rendah, terutama di kawasan bandar.
  • Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964.
  • Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan rumah.

Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan

  • Pada tahun 1970, Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah.
  • Penyediaan perumahan bertujuan mengatasi kekurangan rumah dan menghapuskan kemiskinan.
  • Kerajaan Negeri menubuhkan agensi pembangunan negeri, antaranya:
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
    • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak.
  • Kerajaan Negeri memperkenalkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) menggunakan peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Persekutuan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun 1997 untuk membina perumahan awam di seluruh negara.

Perumahan Mampu Milik

  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuhkan agensi serta memperkenalkan program khusus untuk membolehkan golongan pertengahan memiliki rumah.
  • Program peringkat Persekutuan:
    • Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA);
    • Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • Program peringkat negeri:
    • Rumah Selangorku;
    • Rumah Mampu Milik Johor.
  • Majlis Perumahan Negara ditubuhkan pada tahun 2014 untuk merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik.

Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara

  • Keselamatan dan pertahanan negara berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.
  • Keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam: Kementerian Dalam Negeri (KDN).
  • Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
  • Kedua-duanya diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  • Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri melalui kawasan keselamatan khas di Sarawak dan Sabah.

Pemerintahan Keselamatan Rajang di Sarawak

  • Peningkatan ancaman komunis di Sarawak mendorong Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua merangkap Pengerusi MKN, mengisytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai Rajang Area Security Command (RASCOM) atau Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang pada 26 Mac 1972.
  • Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri untuk menyelaraskan fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM.
  • RASCOM memulihkan serta mengekalkan keselamatan dan keamanan di bahagian tengah Sarawak.
  • RASCOM dibubarkan pada tahun 1995; semua operasi keselamatan di Sarawak diselaraskan di bawah MKN.

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.
  • Penubuhannya berikutan pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013.
  • Misi ESSCOM: meningkatkan keselamatan kawasan timur Sabah daripada ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan.
  • ESSCOM mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) atau Zon Keselamatan Timur Sabah.
  • Kerjasama ini menambah baik keselamatan serta mengembalikan ketenteraman demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!