WeAcademia

Sistem Persekutuan

4.2 - Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Pembahagian Kuasa

  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang meliputi kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan.
  • Tujuan pembahagian kuasa:
    • melicinkan sistem Persekutuan;
    • mengelakkan permasalahan antara kedua-dua peringkat kerajaan.
  • Kuasa lebih besar diberikan pada peringkat Persekutuan untuk mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi menjamin kestabilan dan kemajuan negara.
  • Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat:
    • Kerajaan Persekutuan;
    • Kerajaan Negeri;
    • Kerajaan Tempatan.
  • Tiada peruntukan kuasa khusus kepada Kerajaan Tempatan; Kerajaan Tempatan diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999 kerana Kuala Lumpur semakin sesak akibat pembangunan dan pertambahan penduduk.
  • Pada tahun 2000, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan.
  • Nama Putrajaya diambil bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Kuasa Kerajaan Persekutuan

  • Kuasa Kerajaan Persekutuan meliputi perkara dalam Senarai Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Senarai Persekutuan meliputi skop kepentingan nasional dan semua aspek perkhidmatan berkaitan dengan pentadbiran negara.
  • Parlimen menggubal undang-undang bagi seluruh Malaysia.
  • Kandungan Senarai Persekutuan:
    • hal ehwal luar negeri;
    • pertahanan;
    • keselamatan dalam negeri;
    • pentadbiran keadilan;
    • kewarganegaraan;
    • kewangan;
    • perhubungan dan pengangkutan;
    • pelajaran;
    • perubatan dan kesihatan.

Kuasa Kerajaan Negeri

  • Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri meliputi perkara dalam Senarai Negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Setiap negeri mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menggubal undang-undang bagi negeri masing-masing.
  • Kandungan Senarai Negeri:
    • undang-undang Islam;
    • tanah;
    • pertanian dan perhutanan;
    • kerajaan tempatan;
    • hari kelepasan negeri.

Senarai Bersama

  • Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang bagi perkara yang sama.
  • Jika berlaku percanggahan, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen mesti dipatuhi.
  • Kandungan Senarai Bersama:
    • kebajikan awam;
    • biasiswa;
    • perlindungan haiwan liar dan taman negara;
    • perancangan bandar dan luar bandar;
    • kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit;
    • kebudayaan dan sukan;
    • perumahan.

Peruntukan Tambahan bagi Sarawak dan Sabah

  • Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa tambahan sesuai dengan kemasukan kedua-dua negeri ke dalam Persekutuan Malaysia.

Tambahan kepada Senarai Negeri

  • Undang-undang dan adat anak negeri.
  • Mahkamah Anak Negeri.
  • Kereta api di Sabah.

Tambahan kepada Senarai Bersama

  • Undang-undang diri berhubung dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah dan perkara lain berkaitan dengan undang-undang keluarga.
  • Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak serta pencegahan penyakit tumbuhan.
  • Pilihan raya bagi Dewan Negeri.

Peranan Kerajaan Tempatan

  • Kerajaan Tempatan ialah kerajaan peringkat ketiga yang mentadbir dan melaksanakan tanggungjawab dalam kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan.
  • Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
  • Menjadi perantara antara Kerajaan Negeri dengan rakyat serta memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.
  • Fungsinya digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
  • Jenis Kerajaan Tempatan: Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.
  • Fungsi PBT:
    • menyediakan kemudahan awam;
    • menyediakan perkhidmatan pembersihan;
    • menyenggara sistem saliran;
    • mengindahkan kawasan;
    • menjaga kesihatan awam;
    • menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan;
    • menyediakan perkhidmatan kecemasan;
    • menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat;
    • mengeluarkan lesen dan mengawal penjaja;
    • membangunkan perumahan awam;
    • menyenggara jalan raya.

Kepentingan Pembahagian Kuasa

  • Mewujudkan pentadbiran yang sistematik dan melicinkan tadbir urus negara.
  • Setiap peringkat kerajaan berperanan membentuk pentadbiran berwibawa bagi kemajuan bangsa dan negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!