Sistem Persekutuan
4.1 - Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita
Pengenalan Sistem Persekutuan
- Malaysia mengamalkan sistem Persekutuan.
- Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah negara bersekutu.
- Unsur penting negara Persekutuan:
- Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat;
- Kerajaan Negeri;
- pembahagian kuasa dalam sistem pentadbiran.
Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia
Persekutuan 1896
- Peluasan pengaruh British membawa kepada pembentukan sebuah Persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
- Ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895.
- Berkuat kuasa pada tahun 1896 dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
- Tiada agihan kuasa dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
- Banyak keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur, iaitu pusat pentadbiran NNMB.
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
- Majlis Mesyuarat Persekutuan distruktur semula pada tahun 1927.
- Tujuan:
- memperkemas tadbir urus Persekutuan;
- mengukuhkan kedudukan British di negeri Melayu.
Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union)
- Pada tahun 1946, British menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
- Penyatuan ini membentuk kerajaan kesatuan yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya 1946 atau Malayan Union.
- Konsep kesatuan membentuk Kerajaan Pusat yang kuat di bawah kuasa Gabenor British.
- Kesatuan Malaya dilaksanakan dalam tempoh yang terhad dan gagal diteruskan selepas mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Gabungan sembilan buah negeri Melayu dengan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
- Dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Perjanjian menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Agihan kuasa pada peringkat Persekutuan dan Negeri menandakan bermulanya era moden amalan Persekutuan di negara kita.
- Pesuruhjaya Tinggi British menjadi ketua Persekutuan.
- Raja-raja Melayu memerintah negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing.
Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka muncul pada 31 Ogos 1957.
- Berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara yang berdaulat.
- Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Persekutuan.
- Konsep Persekutuan diperkukuh melalui sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Persekutuan Malaysia 1963
- Pada 16 September 1963, berdasarkan Perjanjian Malaysia, lahir sebuah Persekutuan yang terdiri daripada:
- 11 buah negeri Tanah Melayu;
- Singapura;
- Sarawak dan Sabah.
- Persekutuan ini dinamakan Malaysia.
Kesimpulan
- Pembentukan sistem Persekutuan merupakan penerusan tradisi sejarah yang berakar umbi daripada pemerintahan beraja.
- Pembentukannya berkait rapat dengan peluasan pengaruh British dalam pentadbiran negeri Melayu.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice