Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
9.4 - Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Ditandatangani pada 5 Ogos 1957 dan dinamakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
- Ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivray bagi pihak baginda Queen Elizabeth II di King’s House, Kuala Lumpur.
- Menjadi asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Mengandungi perkara tentang Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain, agama Islam serta bahasa.
Inti Pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
1. Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen
- Seorang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan Raja Melayu setiap lima tahun sekali.
2. Kewarganegaraan
- Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada atau selepas hari merdeka menjadi warganegara.
- Kewarganegaraan diberikan melalui tiga cara:
- penguatkuasaan undang-undang — Perkara 14;
- memohon didaftarkan sebagai rakyat — Perkara 15; dan
- memohon menukar kewarganegaraan atau naturalisasi — Perkara 19.
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain
- Semua rakyat Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hak dan kewajipan yang sama.
- Rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keutamaan berdasarkan status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu.
- Hak masyarakat lain tetap dipelihara dan dilindungi.
4. Kedudukan Agama Islam
- Agama Islam ialah agama Persekutuan.
- Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
5. Kedudukan Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice