WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.3 - Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

1. Penerimaan Memorandum

  • Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis daripada Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan.
  • Memorandum meliputi corak pentadbiran, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa dan pendidikan.

Memorandum daripada Raja-raja Melayu

  • Persekutuan yang merdeka mempunyai Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong.
  • Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan untuk tempoh lima tahun.
  • Yang di-Pertuan Agong boleh meletakkan jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam

Soal Kewarganegaraan

  • Parti Perikatan: Mengemukakan Testament Amanah Politik Perikatan; terdapat perbezaan pandangan tentang isu jus soli dan beberapa pihak dalam UMNO menolaknya.
  • Dewan Perniagaan Melayu: Memohon supaya soal kewarganegaraan diperketat.
  • Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya: Menggesa peruntukan kewarganegaraan menerusi kelahiran.
  • Masyarakat India: Menuntut kedudukan kewarganegaraan mereka diteliti.
  • Masyarakat Serani: Mahu hak mereka dipertahankan.

Bahasa dan Pendidikan

  • MCA: Menuntut semua sekolah aliran bahasa Inggeris atau vernakular diteruskan.
  • Memorandum mencadangkan semua sekolah kebangsaan mempelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

2. Pengeluaran Draf Perlembagaan

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan draf yang mencadangkan:

  • sistem kerajaan Persekutuan diteruskan dengan negeri mempunyai kuasa tertentu;
  • sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu;
  • kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan;
  • Raja-raja diterima melalui konsep Raja Berperlembagaan dan seorang Yang di-Pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu; dan
  • Parlimen dibentuk dengan dua Majlis Mesyuarat, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

3. Reaksi terhadap Draf Perlembagaan

  • Ahli UMNO:
    • tidak bersetuju dengan konsep jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat;
    • menuntut agama Islam diakui sebagai agama rasmi; dan
    • menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
  • Dato’ Onn Jaafar dan Parti Negara:
    • menolak syarat kewarganegaraan yang longgar; dan
    • bersama-sama PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres dari 4 Mei 1957 hingga 7 Mei 1957 untuk membincangkan draf tersebut.
  • PAS:
    • mengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu;
    • mahu agama Islam menjadi asas pemerintahan negara; dan
    • menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
  • Sebahagian pertubuhan masyarakat Cina: Mahu bahasa Mandarin dijadikan bahasa kebangsaan.
  • MIC: Mahu syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian.

4. Rundingan di London

  • Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berlepas ke London.
  • Mereka berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad.
  • Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan.

5. Perkenan Majlis Raja-Raja

  • Hasil pindaan disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.

6. Perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan

  • Draf dibentangkan dan dibahaskan dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957.

7. Kelulusan dan Kuat Kuasa

  • Draf diluluskan oleh Parlimen British di London.
  • Majlis Perundangan Persekutuan meluluskannya pada 27 Ogos 1957.
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!