WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.2 - Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.
  • Suruhanjaya memulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
  • Tugas utama: membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Terma Rujukan

  1. Memeriksa aturan perlembagaan di seluruh Tanah Melayu dengan mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England serta Raja-raja Melayu.
  2. Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan.
  3. Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri mempunyai autonomi tertentu.
  4. Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing.
  5. Mencadangkan jawatan ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Besar, yang kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong, untuk Persekutuan Tanah Melayu.
  6. Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
  7. Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Gerak Kerja Suruhanjaya

  1. Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan serta menerima memorandum bertulis daripada pelbagai pihak.
  2. Meneliti kedudukan perlembagaan negeri dalam Persekutuan; menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri; bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.
  3. Mengadakan 118 perjumpaan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956 untuk membincangkan pelbagai isu.
  4. Mengkaji dan membuat laporan serta cadangan bagi membentuk perlembagaan sebuah negara merdeka.

Anggota Suruhanjaya

  • Lord Reid (Britain) — Pengerusi.
  • Sir William Ivor Jennings (Britain).
  • Sir William McKell (Australia).
  • Hakim B. Malik (India).
  • Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
  • Semua anggota mempunyai latar belakang pengajian undang-undang dan pengalaman dalam sistem Perundangan Komanwel yang sama.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!