WeAcademia

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9.1 - Usaha Rundingan Kemerdekaan

Latar Belakang Rundingan Kemerdekaan

  • Raja-raja Melayu, pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British mengadakan rundingan untuk merintis jalan ke arah kemerdekaan.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan membebaskan negara daripada penjajahan berkembang di Mesir, India, Burma dan Filipina.
  • Kerajaan British memberikan jaminan untuk membantu Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri secepat mungkin.
  • Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.

Kepentingan Rundingan Kemerdekaan

  • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London untuk membincangkan:
    • keselamatan;
    • hubungan British–Tanah Melayu; dan
    • perlembagaan negara yang akan merdeka.
  • Rundingan mendapat sokongan segenap kaum tanpa mengira ideologi parti politik.
  • Penyokong termasuk E.E.C. Thuraisingham, Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.
  • Ahmad Boestamam menyeru rakyat menyokong rombongan ke London.

Rombongan Kemerdekaan ke London

Wakil Raja-raja Melayu

  • Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato’ Haji Wahab Abd Aziz.
  • Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid.
  • Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said.
  • Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood.

Wakil Parti Perikatan

  • Tunku Abdul Rahman.
  • Dato’ Abdul Razak Hussein.
  • H.S. Lee.
  • Dr. Ismail Abdul Rahman.

Perjalanan

  1. Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki kapal terbang.
  2. Pada 1 Januari 1956, pukul 5:00 petang, rombongan menaiki kapal laut M.V. Asia dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.
  3. Rombongan singgah di Karachi, Pakistan, kemudian menaiki kapal terbang ke London.
  4. Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956.
  • Tunku Abdul Rahman memilih perjalanan laut ke Karachi supaya masa pelayaran dapat digunakan untuk:
    • berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu; dan
    • mendapatkan persetujuan bagi menyusun strategi bersama-sama sebelum berunding dengan kerajaan British.
  • Sebanyak 10 ribu orang dianggarkan menghantar rombongan di Tanjung Pagar, Singapura.

Rundingan Kemerdekaan di London

  • Tarikh: 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956.
  • Tempat: Lancaster House, London.
  • Pihak terlibat: Wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dan British.
  • Tunku Abdul Rahman berusaha mendapatkan taraf berkerajaan sendiri dengan serta-merta dan kemerdekaan penuh pada tahun berikutnya.

Perkara yang Dirundingkan dan Disepakati

British

  • Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara, dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan.
  • Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama diadakan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan British.
  • British dan Komanwel memberikan bantuan seperti pertahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Perwakilan Tanah Melayu

  • Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan dan menggantikannya dengan Menteri Kewangan.
  • Menuntut Menteri Hal Ehwal Ekonomi dipilih dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
  • Menginginkan Menteri Pertahanan daripada rakyat Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Pengarah Gerakan yang disandang oleh pegawai British.
  • Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.
  • Berunding tentang Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.

Hasil Rundingan

  • Segala perbincangan dihasilkan dalam laporan setebal 20 halaman.
  • Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.
  • Kedua-dua pihak bersetuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan untuk merangka perlembagaan negara.
  • Tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin meminta pandangan Sheikh Abdullah Fahim, ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sambutan Bersejarah di Melaka

  • Pada 20 Februari 1956, rombongan tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
  • Rombongan diarak ke Padang Banda Hilir, Melaka.
  • Lebih kurang 100 ribu orang dari seluruh negara datang dengan menaiki bas, lori dan berjalan kaki.
  • Tunku Abdul Rahman mengumumkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
  • Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan bergemuruh.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!