WeAcademia

Pilihan Raya

8.4 - Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Pembentukan Kabinet Pertama (1955)

Komposisi Anggota Kabinet

  • Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri dan berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
  • Kabinet dibarisi 10 orang Menteri dan 3 orang pegawai British.
  • Pegawai British memegang portfolio Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan.
  • Setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu sebagaimana diperuntukkan dalam Perjanjian Persekutuan, Jemaah Menteri diumumkan secara rasmi oleh Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British, pada 4 Ogos 1955 di King’s House, Kuala Lumpur.
  • Pembentukan kabinet membolehkan wakil pemimpin tempatan mentadbir negara.

Senarai Anggota Kabinet Pertama dan Portfolio

  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj: Ketua Menteri.
  • Dato’ Abdul Razak Hussein: Menteri Pelajaran.
  • Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar.
  • Dr. Ismail Abdul Rahman: Menteri Tanah dan Galian.
  • H.S. Lee: Menteri Pengangkutan.
  • Sardon Jubir: Menteri Kerja Raya.
  • V.T. Sambanthan: Menteri Buruh.
  • Leong Yew Koh: Menteri Kesihatan.
  • Ong Yoke Lin: Menteri Pos dan Telekom.
  • Abdul Aziz Ishak: Menteri Pertanian.

Peranan Kabinet Pertama

Tanggungjawab Utama Kabinet 1955

  • Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
  • Menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster.
  • Mengurangkan kuasa pentadbiran British.
  • Meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
  • Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.

Peranan Anggota Kabinet

  • Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri: menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan.
  • Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran: membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan.
  • V.T. Sambanthan, Menteri Buruh:
    • bersama-sama menteri lain menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan;
    • mengurangkan pegawai Eropah dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat.
  • Leong Yew Koh, Menteri Kesihatan:
    • memenuhi manifesto Parti Perikatan;
    • meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin dalam tempoh negara menuju berkerajaan sendiri.

Istilah Penting

  • Model Westminster: sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain.
  • Kuasa Veto: hak atau kuasa penuh yang diberikan kepada pihak tertentu sahaja; kuasa pembatal.

Kepentingan Kabinet Pertama

  • Memperlihatkan barisan pemimpin yang berwibawa.
  • Pemimpin membangunkan negara melalui jawatan yang diamanahkan.
  • Pemimpin bekerjasama dan berkongsi kuasa antara satu sama lain.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!