WeAcademia

Pilihan Raya

8.3 - Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

  • Selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, negara melalui perkembangan baharu dalam sejarah demokrasi.
  • Kemenangan besar Perikatan membolehkannya membentuk Kerajaan Persekutuan.
  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
  • Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu.

Perbandingan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1948 dan MPP 1955

MPP 1948

  • 52 orang: ahli tidak rasmi yang dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu.
  • 3 orang ex officio: Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan.
  • 9 orang Residen: Residen British mewakili sembilan buah Majlis Negeri.
  • 2 orang: wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
  • 11 orang: ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan.
  • Jumlah: 77 orang.

MPP 1955

  • 52 orang: ahli yang dipilih melalui pilihan raya.
  • 35 orang: ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian.
  • 11 orang: Menteri Besar mewakili negeri.
  • 2 orang: wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
  • Jumlah: 100 orang.

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955

Kesan Pentadbiran dan Politik

  • Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.
  • Tunku Abdul Rahman mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British.
  • Pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa.
  • Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala tuju negara.
  • Kuasa pegawai British beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan.
  • Pegawai British masih berperanan sebagai penyelia atau penasihat dalam bidang keselamatan.
  • Sistem Ahli dimansuhkan.
  • Keanggotaan MPP menunjukkan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi.
  • Kerajaan Persekutuan dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan; ahlinya dipilih oleh rakyat.

Persidangan Pertama MPP 1955

  • MPP bersidang buat julung-julung kalinya pada 31 Ogos 1955 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
  • Raja Muhammad Uda ialah Yang Dipertua Majlis Perundangan Persekutuan.
  • Halimaton Abd Majid ialah ahli wanita pertama MPP.
  • Pembentukan MPP membolehkan rakyat tempatan memainkan peranan penting dalam pentadbiran.
  • Pembentukan MPP menunjukkan kompromi melalui perkongsian kuasa antara kaum bagi mencapai kemerdekaan.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!