WeAcademia

Usaha Ke Arah Kemerdekaan

7.4 - Sistem Pendidikan Kebangsaan

Usaha Membentuk Sistem Pendidikan Kebangsaan

  • Di bawah pentadbiran British, sistem persekolahan berkembang mengikut kaum melalui sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil, sekolah aliran agama serta sekolah Inggeris.
  • Di Sarawak dan Sabah terdapat sekolah vernakular Melayu, sekolah Cina dan sekolah mubaligh Kristian.
  • Bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan menimbulkan jurang ekonomi dan sosial antara rakyat serta menghalang pembentukan identiti bangsa dan negara.
  • Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk melalui Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955 serta Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Laporan Barnes 1951

  • Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes untuk mengkaji pelajaran Melayu.
  • Sekolah rendah penting untuk membina satu rupa bangsa yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal kekal dan tumpuan taat setia.
  • Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Laporan Fenn-Wu 1951

  • Mengkaji pendidikan Cina selepas masyarakat Cina membantah Laporan Barnes.
  • Mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina institusi yang memberikan faedah kepada penduduk Tanah Melayu.
  • Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan.
  • Pendidikan sekolah Cina berorientasikan Tanah Melayu.

Ordinan Pelajaran 1952

  • Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
  • Bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan dan menyatukan murid pelbagai bangsa dalam sistem berorientasikan Tanah Melayu.
  • Dua jenis sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Bahasa Cina dan bahasa Tamil menjadi bahasa ketiga jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid daripada kumpulan yang sama.
  • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Menjadi undang-undang pertama bagi pembentukan sistem persekolahan rendah berteraskan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Tidak memenuhi aspirasi semua kaum kerana mendapat tentangan semua kaum.

Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955

  • E.W. Woodhead, Ketua Pegawai Pelajaran dari Britain, meninjau perkembangan pendidikan dan mengemukakan cadangan untuk Sarawak dan Sabah.
  • Memperkasakan pendidikan rendah dan menengah.
  • Menitikberatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur.

Pendidikan Kebangsaan di Sarawak

  • Bertujuan membentuk perasaan kekitaan dan taat setia kepada Sarawak dalam kalangan penduduk berbilang kaum.
  • Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan.
  • Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan.
  • Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah.

Pendidikan Kebangsaan di Sabah

  • Laporan Woodhead 1955 diterima dengan pindaan.
  • Pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di sekolah Cina.
  • Bahasa Inggeris diajar di sekolah Melayu dan bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris.
  • Peperiksaan sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris.
  • Ordinan Pelajaran Koloni 1956 meneruskan rancangan Woodhead untuk menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan rendah serta menengah, di samping melahirkan perasaan kebersamaan dalam kalangan kaum di Sabah.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

  • Jawatankuasa Pelajaran dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran, untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada.
  • Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu berasaskan sistem persekolahan yang sama untuk kanak-kanak semua bangsa, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum seragam dan bercorak kebangsaan.
  • Sekolah Umum menggunakan bahasa Melayu.
  • Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil.
  • Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib di semua sekolah.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran.
  • Menjadi asas pembentukan sistem pendidikan kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan, nilai kewarganegaraan, identiti sepunya dan kesetiaan kepada negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!