Usaha Ke Arah Kemerdekaan
7.3 - Sistem Ahli
Pengenalan dan Latar Belakang
- Selepas Perang Dunia Kedua, British melaksanakan dasar dekolonisasi dengan menyediakan langkah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya.
- Kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan mendorong Dato’ Onn Jaafar meminta peluang pentadbiran ditambah kepada wakil tempatan.
- Cadangan Dato’ Onn Jaafar selari dengan dasar British dan membawa kepada pembentukan Sistem Ahli.
Pembentukan Sistem Ahli
- Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli.
- Sistem Ahli melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
- Beberapa anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap jabatan dan agensi kerajaan.
- Sistem Ahli dilaksanakan dari April 1951 hingga Jun 1955, sebelum pilihan raya MPP pada Julai 1955.
- Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British: Hal Ehwal Ekonomi; Perindustrian dan Perhubungan Sosial; serta Perumahan dan Kerja Raya.
- Pada tahun 1954, Sistem Ahli dirombak. Portfolio baharu diwujudkan dan dijawat oleh warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi anggota MPP.
Anggota dan Portfolio
- Dato’ Onn Jaafar: Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
- E.E.C. Thuraisingham: Ahli Pelajaran.
- Lee Tiang Keng: Ahli Kesihatan.
- Tunku Yaacob ibni Sultan Abd. Hamid: Ahli Pertanian dan Perhutanan.
- Dato’ Mahmud Mat: Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan.
- Dato’ Nik Ahmad Kamil: Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar.
- H.S. Lee: Ahli Pengangkutan (1954).
- Dr. Ismail Abdul Rahman: Ahli Hasil Bumi (1954).
Ciri-ciri Sistem Ahli
- Ahli bertaraf “Menteri” dan menjaga portfolio yang mengandungi jabatan serta agensi kerajaan.
- Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
- Ahli mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP.
- Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
- Sistem Ahli ialah kabinet bayangan yang terdiri daripada pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan
- Menyediakan asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
- Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
- Memupuk perpaduan kaum melalui gabungan pemimpin pelbagai kaum.
- Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice